Syaitan Takut, Menangis dan Ketawa
Syaitan, Jin dan
manusia mempunyai perbezaan darjat. Manusia lebih tinggi darjatnya
daripada Syaitan dan jin. Kerana itulah sebenarnya Syaitan dan jin
sangat takut pada manusia. Namun kerana syaitan dan jin berjaya
menakut-nakutkan manusia maka manusia menjadi takut pada syaitan dan
jin. Sebagai seorang muslim seharusnya kita tidak boleh takut kepada
syaitan dan jin. Jika syaitan dan jin mengganggu manusia sudah
sewajarnya manusia untuk melawannya,
"Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakutkan (kamu) dengan kawan-kawannya (orang-orang musyrik Quraisy), karena itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman" (QS . Ali Imran 3:175).
Ertinya: "Mujahid
berkata:" Syaitan itu sebenarnya sangat takut oleh salah seorang dari
kalian (manusia). Oleh kerana itu, apabila kamu dapati, janganlah takut
kerana kalau takut, ia akan menunggang kalian (mengganggu), akan tetapi
kerasi (kasarilah), pasti ia akan pergi ". (Riwayat Ibn Abi Dunya)
"Mujahid berkata:"
Sesungguhnya syaitan dan jin kafir itu takut oleh kalian sebagaimana
kalian takut oleh mereka "(Riwayat Ibnu Abi Dunya)
"Imam Mujahid
berkata:" Suatu malam ketika saya sedang melaksanakan solat, tiba-tiba
muncul makhluk sebesar anak laki-laki di hadapan saya. Lalu saya desak
dia untuk ditangkap. Akan tetapi ia bangun dan lompat ke belakang
dinding sehingga saya mendengar jatuhnya. Setelah itu, ia tidak penah
datang lagi "(Riwayat Ibnu Abi Dunya).
Ketawa dan menangisnya Jin
Dalam sebuah hadis
dikatakan bahawa syaitan akan ketawa apabila seseorang menguap dengan
mengeluarkan suara seperti; "euuuay" atau "haaaa". Hadis bahawa syaitan
tertawa adalah:
"Abu Hurairah
berkata, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:"
Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci nguap. Apabila
seseorang bersin lalu mengucapkan al-hamdulillah, maka muslim yang
mendengarnya perlu mendoakannya. Adapun menguap datangnya dari syaitan,
kerana itu tahanlah sedapatmungkin. Apabila ia menguap terus keluar
suara "haaa", maka syaitan akan ketawa "(HR. Bukhari dan lainnya).
Sementara syaitan akan
menangis apabila seseorang membaca surat as-Sajdah dan ketika sampai
pada ayat sajdahnya yakni ayat yang ke-15, ia melaksanakan Sujud
Sajdah. Hal ini sebagaimana dikatakan dalam sebuah hadis.
"Rasulullah
Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:" Apabila anak Adam membaca
surat as-Sajdah kemudian dia sujud sajdah (ketika membaca ayat
sajdahnya ayat ke-15), maka syaitan akan pergi menangis sambil berkata:
"Aduh celaka dan sialnya nasibku" Bani Adam diperintah sujud, maka
kemudian dia sujud maka baginya syurga, sedangkan aku ketika diperintah
sujud aku menolak maka bagiku neraka (HR. Muslim).
0 komentar:
Posting Komentar