Hakikat Lima Jari Manusia
Coba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang?
Pelbagai
hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang
lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan
dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu
jangan diabaikan.
Kemudian
letakan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula dari jari
kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa saja akan
bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah
insan dan alam seluruhnya. Apa saja yang dilakukan mesti bermula
daripada kecil. Bak kata pepatah “melentu buluh biarlah daripada
rebungnya”. Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang
besar pada masa hadapan
Naikkan jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja.
Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apalagi jika
disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak
terkira, pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia
ini senantiasa dibelenggu dengan berbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman
dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh
dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di
hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??
Nah…
naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.
Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat
umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan
ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti
berhati-hati karena di kala ini banyak “hantu-hantu pengacau” yang
datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri
hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas
terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justru itu, amal ibadat
mesti dilipatgandakan.
Kita
beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan
esanya Allah SWT ketika sholat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan
jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan
tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil
sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea
bernas dan minda yang hebat.
Akhir
sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan
kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan
sesuatu dan mentafsirkan berbagai perkara. Bak kata orang Jawa “cap
jempol” atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar.
Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang
berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda
boleh berkata “good” atau “yes” sambil menggengam semua jari dan angkat
ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.
Akhir kalam,
0 komentar:
Posting Komentar