Kisah ular hitam menunggu mayat. (Kisah Benar)
Suatu cerita yang telah berlaku beberapa
tahun dulu di Makkah.. Kisah Benar…, kisah yang boleh kita renungkan
bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca
ini bukan yang datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi
kisah dari tanah perkuburan Sa’raya,Makkah.
Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia.
Mereka telah mengusung jenazah beliau
untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2
kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur.
Apabila sampai sahaja di tanah
perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati
seekor ular yang berwarna hitam sebesar paha bersisik tebal telah berada
di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).
Subhanallah … keadaan ular tersebut amat
mengerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah
wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan
Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) .
Apabila mereka sampai di tanah
perkuburan tersebut, rupa-rupanya ular hitam yang sama juga telah
menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ.
Allahuakbar … mereka mengambil keputusan
untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar
yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah
wanita itu (yang peliknya ular hitam itu tidak melakukan apa-apa bila
disentuh oleh mereka).
Selepas sahaja mereka mengkebumikan
mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari
situ terus datang menjalar dengan pantas dan msk meluru ke dlm kubur
wanita itu.
MasyaAllah (seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur).
Dengan beberapa seketika mereka
mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan
apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah
terperanjatnya kerana ular hitam sedang membelit jenazah wanita itu
serta mematah matahkan tulang jenazah itu …
Subhanallah.. Ada beberapa orang yang
berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu.
Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya
sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan solatnya.
Marilah kita ambil iktibar dan pedoman
dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan
solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah.
Ini baru siksaan di dunia akibat melewatkan solat… Bagaimana kalau tak solat..? … ALLAHUAKBAR
1 komentar:
Mohon share ya..., ma kasihhh...
Posting Komentar