Senin, 16 Februari 2015

Teman dan Sahabat

Aku Teman Mu dan Kau Sahabat Ku...
Perbedaan Sahabat dan kawan.
Orang kata teman dan sahabat adalah dua perkara yang berbeda. Teman senang dicari tetapi tidak sahabat. Kita boleh bertaman dengan siapa saja yang kita suka dan memiliki berapa banyak teman yang kita mau. Namun sahabat hanyalah untuk orang tertentu saja. Sahabat lebih akrab hubungannya. Susah senang segalanya bersama. Dan kerana itulah kita sering mendengar kata-kata seperti ini; “waktu kita senang, banyak teman yang menghampiri, tetapi waktu kita susah banyak teman yang lari’. dan “teman senang banyak dicari, teman menangis susah dicari”
Persahabatan tidak terjalin secara tiba-tiba tetapi memerlukan proses yang panjang seperti menajamkan besi. Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur, disakiti, diperhatikan, dikecewakan, didengar, diabaikan, dibantu, ditolak, namun semua ini bukanlah disengaja apa lagi untuk menimbulkan kebencian. Kerinduan menjadi sebahagian dalam proses menjalin persahabatan. 

Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang bisa mendapatkan  dan mempertahankannya. Banyak juga yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang kecewa kerena dikhianati sahabatnya. Antara perkara yang sering menyebabkan runtuhnya sebuah persahabatan adalah masalah ketidakterbukaan, ketidaksetiaan, perubahan perasaan, dan kehilangan kepercayaan.

Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga daripada seribu teman yang mementingkan diri sendiri. Memang tidak banyak antara kita yang mempunyai sahabat. Yang banyak adalah kawan. Mungkin ada orang menganggap pasangannya adalah juga sahabatnya. Dan tidak kurang juga yang menjadikan kawan sebagai sahabatnya. Yang pasti setiap dari kita sekurang-kurangnya mempunyai seorang sahabat yang bisa kita saling mengisi. Dan juga sahabat itu sudah tentu kita percaya sepenuh hati. 

Sebagai seorang sahabat selayaknya dia memegang segala amanah, menyimpan segala rahsia sahabat itu tadi. Kepercayaan salah satu perkara penting dalam bersahabat. Hilangnya kepercayaan sahabat kepada kita pasti meruntuhkan tali persahabatan. Sekali kita merusak kepercayaan seorang sahabat kepada diri kita bisa jadi dia tidak akan mempercayai kita. Lalu seumur hidup kita terpaksa menanggung sakitnya karena tidak ada yang mempercayai kita lagi. Dilabel sebagai ‘tidak amanah’,  amat menyakitkan.

Lalu bagaimana sebaiknya kita dapat menjadi seorang sahabat yang dapat dipercaya?   

1. Peganglah rahsia sahabat anda dengan baik kerena ia melambangkan nilai diri anda sebenarnya. 
2. Jangan sekali-kali bercerita hal keburukan sahabat. Bercerita perihal keburukan sahabat akan memberi kesan negatif pada diri anda. sahabat akan menilai anda dari sikap anda itu. 
3. Peliharalah rahsia sahabat terutama sekali hal-hal yang melibatkan masalah sahabat. Walau seberat apapun rahsia tersebut simpanlah dengan rapi. 
4. Bicaralah yang benar, tidak perlu mereka-reka cerita semata-mata untuk meraih simpati sahabat.
5. Jangan mengumpat di belakang, lebih baik mengatakan didepannya walaupun akan menimbulkan perselisihan. Ini adalah lebih baik daripada bermanis-manis muka di depan tetapi menusuk kawan dari belakang. 
6. Berlaku baik dengan ikhlas bukannya ada maunya disebalik kebaikan itu. 

Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu kita. Sahabat boleh menentukan gaya hidup kita. Justru, jika salah pilih sahabat kita akan susah. 

Sesuai dengan hadith Rasulullah SAW; “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu menilai  siapa yang menjadi temannya” (H.R. Abu Daud). Seperti kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, apabila bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan membakar baju kita.” 

Bagaimanakah ciri seorang sahabat yang baik? 
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya ; “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut : 

1. Jika engkau berbakti kepada sahabat, dia akan melindungi kamu. 
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu. 
3. Jika engkau memerlukan pertolongan dari sahabat, dia akan membantu kamu. 
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan dari sahabat, dia akan menerimanya dengan baik. 

5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu. 
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya. 
7. Jika engkau meminta bantuan sahabatmu, dia akan mengusahakannya. 
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu. 
9. Jika datang sesuatu kesulitan menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu. 
10. Jika engkau berkata kepadanya, niscaya dia akan membenarkan kamu 
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, niscaya dia akan membantu kamu. 
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
13. Dia membantumu melakukan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk . Dia mendorongmu mencapai kebaikan.  



by.diasahabatku 

 

0 komentar:

Posting Komentar

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Press Release Distribution