Tinggalkan Bohong
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan
pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah
S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua
kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :
“Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan
payah hendak meninggalkannya.” Maka Rasulullah menjawab : “Mahukah
engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan bicara bohong?”
“Ya, saya berjanji” jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.
Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat
terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri,
berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam,
dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah
dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.
Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :
“Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu.”
Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.
“Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila
ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya” bisik
hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia
teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya
berkata :
“Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati
janjiku padanya. Sebaliknya jika aku berkata benar berarti aku akan
menerima hukuman sebagai orang Islam.
Oh Tuhan….sesungguhnya di dalam
pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga.”
Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu
berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut
hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya.
Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang
digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah
menjadi mukmin yang soleh dan mulia.
0 komentar:
Posting Komentar