Selasa, 11 Maret 2014

Masih Diberi Nafas Hari Ini

Alhamdulillah...Masih Diberi Nafas Hari Ini.. 

Bismillah walhamdulillah...
tatkala azan subuh menyapa gegendang telinga, syukur padaMu ya Rabb kerana masih memberiku peluang untuk bernafas di hari baru. Syukur dengan rahmat yang dikurnia.

“Apabila kita hidup setiap pagi, ingat bahawa Allah menghidupkan kita pagi ini kerana banyak dosa dan Allah beri kesempatan untuk bertaubat kepada Allah kerana esok belum tentu lagi Allah hidupkan kita.” Imam Ghazali. 
 

Takut bila mengenangkan hari esok yang masih belum tentu..
masih adakah peluang seperti hari ini?
atau sudah terbujur kaku di liang lahad..
Takut bila memikirkan dosa-dosa semalam..
Selalu lalai dalam melaksana suruhanNya,
Selalu leka pada duniawi...
Umur yang diberi berlalu begitu saja..


“Apakah yang paling jauh?” “Masa yang telah berlalu yang mana tidak mungkin akan kembali.” Imam Ghazali.

 
Manakan dapat kembali hari semalam,
perkara semalam hanya tinggal kenangan..
Untuk dilihat pada hari "esok".
Bergembiralah bagi orang yang catatannya penuh dengan pahala..
Tapi bagi yang sebaliknya...
Nauzubillah...mohon dijauhkan..

 
Jangan sia-siakan..
Nafas yang diberi hari ini..
Itu tandanya Allah menyayangi kita..
Dia masih memberi kita peluang..
untuk bertaubat dari dosa-dosa semalam.

 
Ya Rahman...ampunilah segala dosa kami,ibu bapa kami,keluarga kami,guru-guru kami dan semua muslimin dan muslimat...

http://sinarcintanya.blogspot.com

0 komentar:

Posting Komentar

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Press Release Distribution