Kenapa Aurat Wanita Lebih Banyak Dari Aurat Lelaki?
Sebagaian wanita mengeluh kerana mereka
perlu hidup sebagai seorang wanita, seperti yang kita lihat dialog di
bawah. Mereka seolah-olah mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap
mereka.
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la
gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan
auratnya lagi banyak.”
“Kenapa la kita para isteri ni nak
keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar
kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka,
rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit
berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung
dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat
anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
“Islam kata kita perempuan wajib taat
pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana
keadilan pada kaum hawa?”
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
“Wanita takleh nak beribadat macam
lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa.
Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan
organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara
jantina, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek
kerana disogok pertanyaan.
Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..!
Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat
aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta
disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata,
adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan
di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?
Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di
kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi?
Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?
Saya tidak dapat melihat kulit anda pun
kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok
saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan
tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi,
lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih
utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu
lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami?
Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka
lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk
wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.
Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape
walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta
pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak
dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung
dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh
sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak
meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan
ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang
wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai
ke tua!”
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di
dunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita.
Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik
perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu
oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau
abang malah anak lelaki awak!”
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah
ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang
pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya
dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan,
menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu
saja asasnya!”
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad
fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan
menunaikan tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut menerima
pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata!”
Allah SWT; sebagai Zat yang Maha
Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu
pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah
yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang
dicipta manusia.
Artikel iluvislam.com
0 komentar:
Posting Komentar