Selasa, 09 April 2013

Tawakal Adalah Keajaiban Hidup

Apakah Keajaiban Tawakal?

Kita sedang berada didalam proses semakin hari, semakin bertambah usia kita. Tidak ada siapa yang boleh menjangka apa yang berlaku pada hari esok secara tepat tetapi hanya Allah swt yang menentukan kehidupan ini.

Kadang-kadang, apabila kita merasakan kita tidak mampu untuk melakukan sesuatu perkara, tetapi jika Allah swt izinkan, maka ia pasti akan berlaku. Dan ada orang yang merasakan dirinya besar dengan segala kekuatan dan kekuasaan yang ada padanya, tiba-tiba dia gagal di dalam kehidupnya.


Teringat dahulu pada sesi persekolahan rendah dan menengah, ada rakan-rakan kita yang sering menduduki ranking 10 teratas, tetapi bukan semua yang dapat kedudukan tertinggi itu menjadi orang yang hebat.


Dalam agama, antara perkara yang besar ditekankan dalam soal akidah ialah bab tawakal. Insan, bergantung sepenuhnya dengan Allah swt. Manusia disuruh
berusaha, tetapi manusia perlu yakin bahawa diatas segala usahanya, kuasa yang lebih besar ialah Allah swt.


"dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." [ surah At-Tallaq, ayat 2-3]

Orang selalu menyangka, rezeki itu ialah gaji bulanan yang diperolehi, tetapi kadang-kadang, kita mendapat makan dan pelbagai-bagai pemberian dariNya tanpa kita berusaha. Jika kita bergantung kepada kadar kebijaksanaan dan kekuatan kita semata-mata, mungkin kita tidak dapat semuanya itu.


Sesiapa yang bertawakal kepada Allah, cukuplah Allah baginya.

Tawakal adalah keajaiban hidup


Kadang-kadang, kita merasakan kita lepas untuk melakukan sesuatu dalam hidup ini dengan kemampuan kita, tetapi sebenarnya kita tidak berjaya melepasinya.


Kita selalu menyangka, setiap dugaan itu datang untuk menguji kita semata-mata, tetapi jika kita bertawakal kepada Allah dalam seluruh urusan kita dimuka bumi ini, insyaAllah, sesuatu yang 'ajaib' akan menjelma disebalik dugaan yang kita alami dahulu.


Mungkin ramai yang menyangka kita akan menang, tetapi jika Allah swt tidak mengizinkan, pasti kita akan kalah. Walau ramai yang menyangka kita akan kalah, tetapi jika kita bergantung kepadaNya, Allah memberikan kita kemenang dari sudut yang tidak kita tidak sangka-sangka.


Begitulah kehidupan, yang sentiasa diwarnai dengan cabaran dan dugaan yang datang untuk menguji para hambaNya, samada kita terus jauh atau lebih dekat kepadaNya. Indahnya hidup kita jika kita sentiasa memusatkan segala urusan kita dengan bergantung terus kepada Allah swt, insyaAllah kita akan mendapati, hidup kita ini akan bergerak dari satu peringkat ke peringkat yang lain sehingga kita bertemu dengan Allah swt.


sharemotivasi

Di Share Motivasi, saya dan anda semua, menulis dan membaca artikel-artikel di sini, bukan semata-mata sahaja untuk menaikkan rating dan mempromosikan blog masing-masing , tetapi saya dan anda semua berharap, agar kita memperoleh sesuatu yang dapat menghubungkan diri kita dengan Allah swt iaitu kita menjadi hamba yang taat kepadaNya.

0 komentar:

Poskan Komentar

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Press Release Distribution