Misteri! Dihempap Ketika Tidur
Saya tidak menafikan bahawa kebanyakan
daripada kita pernah mengalami kejadian pelik ketika kita sedang tidur.
Sama ada ianya ialah mimpi pelik, mimpi ngeri, tidur berjalan dan
sebagainya. Tetapi satu topik yang selalu dibicarakan dan menjadi tanda
tanya kepada masyarakat umum ialah ‘Dihempap Ketika Tidur‘.
Dihempap Ketika Tidur
Untuk pengatahuan anda, dihimpit ketika
tidur merupakan satu fenomena dimana badan kita terasa seperti ditindih
atau lumpuh ketika tidur dan dipercayai berkaitan dengan perkara mistik.
Penulis percaya, tak ramai daripada anda yang akan percaya dengan apa
yang akan diceritakan nanti, hanya mereka yang pernah mengalaminya
sahaja yang akan faham kebenaran entri ini.
Satu soalan yang selalu dikemukakan
kepada saya ialah: “Betul ke bang kalau waktu tidur, kita dihempap dan
itu ialah satu jenis gangguan makhluk halus? Atau pun ianya sekadar
mainan tidur dan masalah fisiologi dan psikologi sahaja? Kalau benar
ianya gangguan makhluk halus, bagaimana kita hendak membezakannya?”
Ini ialah satu persoalan yang mudah
penjelasannya. Sejak dahulukala lagi masyarakat Asia telah dimomokkan
dengan mitos dan ketahyulan mengenai subjek ini : tiada kaedah dan
penjelasan yang jelas. Tidak terkecuali juga perawat perawat tradisional
yang tua dan muda, pernah saya tengok tergagap gagap nak menjawab
soalan mudah seperti ini.
Didalam istilah sains, dihimpit atau
dihempap ketika tidur ini digelar sebagai ‘sleep paralysis’.. Sleep
paralysis nih terjadi akibat tidur kita terlalu lena dimana semua organ
badan kita berehat kecuali otak (medulla oblongata), jantung dan
paru-paru sahaja.. Ketika kita sedang syok tidur tuh tiba-tiba otak kita
teraktif sedikit maka, secara automatiknya kita akan sedikit tersedar
ketika masih didalam fasa tidur dimana keadaan anggota badan kita ketika
itu masih lagi didalam keadaan rehat (tidur).. Jadi akibat dari itu,
kita akan merasakan badan kita seolah-olah lumpuh dan langsung tidak
boleh bergerak serta sedikit lemas, ape lagi.. panik terus la kan?
Akan tetapi sehingga ke hari ini,
saintis masih lagi tidak dapat mengkaji bagaimana mimpi ngeri itu boleh
wujud disaat kita kena himpit tu misterikan?
Percayalah pada saat itu kita sebenarnya
masih belum tersedar sepenuhnya, tetapi hanya separa sedar sahaja..
sebab itulah kita akan terasa sangat-sangat mengantuk dan juga mamai
giler semasa kena himpit tuh.. apabila kita cuba untuk meronta-ronta,
kita akan merasakan bahawa badan kita seolah-olah bergerak sikit-sikit
tetapi hakikatnya badan kita sedikit pun tidak bergerak
Satu lagi, kita juga tidak akan dihimpit
apabila kita tidur didalam keadaan duduk, memang sangat-sangat misteri!
Akan tetapi, kita sebagai umat islam memang tak salah untuk percaya
bahawa itu adalah gangguan syaitan. Rasullullah saw pun pernah menyebut
tentang perkara ini kalau nak lebih detail lagi sebaiknya rujuk Ustaz
ataupun Ustazah.
Cara mengelakkan daripada dihimpit ketika tidur
Kaedah Islam
Untuk pengatahuan anda, syaitan bukan
sahaja mempengaruhi hati manusia tetapi juga mimpi yang dialami oleh
manusia. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan:
الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ
فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ.
Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari
syaitan.Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang
menakutkannya,hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta
perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu ia (mimpi
tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.
Rasulullah s.a.w. mengajar kita agar
berlindung kepada Allah apabila didatangi mimpi-mimpi yang menakutkan,
dengan menyebut a’uzubillah, ayat Tiga Qul dan sebagainya, kemudian
meludah (hoiit ptuihh!) ke bahagian kiri dengan tiga kali ludah, yang
ringan (anda jangan ludah betul-betul pulak ok! sekadar memadai dengan
isyarat hembusan semata-mata, dengan tanpa mengeluarkan sedikit pun air
liur basi dari mulut anda), kemudian cuba beralih tempat tidur iaitu
dengan mengubah posisi tidur. Daripada mengiring kiri, ubah mengiring
kanan atau pindah ke tempat lain.
Rasulullah juga mengajar kita agar
mengibaskan tempat tidur sebanyak tiga kali dengan kain sebelum baring.
Rasulullah pada setiap malam ketika berada di tempat pembaringan,
merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya kemudian meniup kedua-duanya
dan membaca surah Tiga Qul, kemudian menyapu badannya dengan kedua-dua
tapak tangan, yang dimulakan daripada kepala, muka dan seluruh tubuh
yang tercapai oleh kedua-dua tapak tangannya sebanyak tiga kali.
Yang dimaksudkan dengan Tiga Qul di sini
ialah surah an-Nas, al-Falaq dan surah al-Ikhlas. Serahlah diri kepada
Allah. Terlalu banyak doa yang boleh dibaca yang berkaitan dengannya di
antaranya ialah doa yang bermaksud, Ya Allah, dengan menyebut nama-Mu,
ya Tuhanku kuletakkan lambungku, maka ampunilah dosaku.
Setelah itu barulah membaca ayat
al-Kursi dengan lidah. Baca ayat al-Kursi dalam hati apabila lidah mula
tidak berupaya menyebutnya sehingga tertidur. Disebutkan dalam sebuah
hadis bahawa orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat
pembaringan, Allah akan mengutus dua malaikat menjaganya sehingga subuh.
Perbanyakkan istighfar ketika di tempat
pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga
kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih
di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran
pantai. Akhir sekali jangan lupa membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu
Istighfar).
Banyak kaedah yang merangkumi
zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha
mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap
serius gangguan yang dialami.
Perbanyakkan istighfar ketika di tempat
pembaringan. Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang beristighfar tiga
kali ketika berada di tempat pembaringan biarpun dosanya sebanyak buih
di laut, sebanyak bintang di langit ataupun sebanyak pasir di pesisiran
pantai.
Akhir sekali jangan lupa membaca
Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar). Banyak kaedah yang merangkumi
zikir-zikir dan kaifiat tertentu yang diajar oleh Rasulullah dalam usaha
mengatasi masalah tidur. Kaedah ini berbeza-beza, menurut tahap-tahap
serius gangguan yang dialami.
Bagi yang pernah alami gejala Dihempap Ketika Tidur penulis harap anda sudi kongsikan pengalaman anda.
Sumber : Harianislam
0 komentar:
Posting Komentar