Rabu, 03 April 2013

Perempuan Miskin Dan Lembu Tua

Kisah Perempuan Miskin, Lembu Tua Dan Gaza

Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu. Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.

Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata. Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , ‘harta’ yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.ImageDengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, diaberhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu.

Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut. Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihatgelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada disisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pingamelihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya. Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbahimam namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuandan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segandiraut wajah.

Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ. Image Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itubetul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuhsabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidakberganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.

Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :” Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana.” Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namunkeberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua ituke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mulabercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabahapatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga. “Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka,” ulang perempuan yang tidakdikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing-masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpukepada perempuan dan lembu tuanya itu.


Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berairnamun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imamtersebut. Sunyi seketika suasana. Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:” Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.

Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu  kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu. Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:”Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu  nanti diserahkan ke Gaza?” Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan.

Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu  menjadi riuh, apabila jemaah membida ‘bertubi-tubi’ sambil  bersedekah. Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00)! Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu. “Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan uang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.

“Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu,” katanya sambil  memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata…gembira. Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan uang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya ‘harta’ yang ada. Subhanallah.

Image  Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.

(Kisah ini telah disusun semula daripada cerita Timbalan Mursyidul Am PAS Dato’ Haron Din kepada Harakahdaily melalui kisah benar yang dipaparkan di sebuah majalah Arab) 

0 komentar:

Posting Komentar

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Press Release Distribution