Waktu Subuhlah Pengantian Malam dan Siang Bermula
Bismilahirahmanirahim,
Alhamdulillah syukur di
pagi yang mulia ini, Allah buka dan lembutkan hati kita untuk sentiasa
mencari ilmu dan mengingati Allah melalui zikir dan ibadah.
Sambungan Amalan Sunnah
Rasulullah SAW kali ini banyak menginsafkan diri saya. Jika dahulu
usahkan nak sembahyang berjemaah Solat Subuh di Masjid, nak bangun subuh
pun susah yang amat. Saya mengaku sebelum ini saya amat ketinggalan dan
jahil sekali.
Semoga kesilapan yag
lalu tidak berulangi dan saya bertaubat nasuha atas kesilapan dahulu.
Benar, tadi itu kisah di waktu saya belum mengenali diri saya sebenar
dan menganggapkan kejayaan dunia lebih penting. Sehinggakan kehidupan
yang kekal abadi tak pernah difikirkan. Saya pasti , anda bukan seperti
saya dan saya rasa anda lebih mulia dari saya.
“Solat yang paling berat
bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka
mengetahui apa yang terkandung didalamnya, mereka pasti mendatangi
keduanya, walaupun dengan merangkak.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ramai ulama hadis
memberi penjelasan berkenaan hadis ini. Diantaranya, bagi melihat sama
ada seseorang itu beriman ataupun munafik, perhatikan solat Subuhnya.
Sekiranya kita nampak dia di saf solat Subuh, bolehlah kita katakan yang
dia benar-benar beriman.
Tetapi sekiranya
sebaliknya, hatinya sudah dijangkiti virus munafik. Salah satu
petandanya adalah seseorang ragu-ragu dengan kebenaran dan keagungan
Allah yang bernama Solat Subuh ini.
Dalam hadis juga
mengatakan , waktu subuh lah pengantian malam dan siang bermula. Pada
saat ini juga , malaikat malam dan malaikat siang berkumpul bagi
berganti tugas.
“Solat berjemaah lebih
utama daripada solat sendirian sebanyak 25 kali ganda. Malaikat penjaga
malam dan siang berkumpul pada waktu solat subuh.” (Hadis Riwayat
Bukhari)
“Kemudian naiklah para
malaikat yang menyertai kamu pada malam harinya, lalu Rabb mereka yang
sebenarnya maha mengetahui bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana
hamba-hambaku ketika kalian meninggalkan mereka?”
Para malaikat menjawab,
‘Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami jumpai mereka dalam
keadaan solat juga.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Jadi beruntunglah bagi
orang yang dapat mendirikan solat subuh berjemaah di masjid kerana ia
disaksikan oleh malaikat, baik malaikat yang bertugas pada malam hari,
mahupun siang hari.
Allah menjelaskan, “Dan
dirikanlah solat Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan oleh
para malaikat,”(Surah al-Israk , ayat 78)
Bayangkanlah waktu itu
kalau malaikat melaporkan yang , kita sedang nyenyak tidur dan tidak
mengutamakan waktu solat. Di waktu ini juga lah Syaitan sedang memeluk
kita dengan erat sekali supaya kita terus lena dan tinggalkan solat
subuh.
“Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum ataupun qabliyah Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya, “(Hadis Riwayat Muslim)
Solat Qabliyah Subuh adalah solat sunat yang paling banyak pahala. Lebih baik daripada segala kebaikan isi dunia.
Cuba bayangkan, harta,
wang, pangkat jawatan, isteri , anak…semuanya tidak kekal. Yang dulu
cantik lama-lama jadi tua, bongkok, berkedut dan tidak secantik masa
muda. “Segala sesuatu akan binasa,”(Surah al-Qashash ayat 88).
Segala dunia dan isinya
tidak lebih baik dari solat sunat fajar ini. Dalam situasi apa pun ,
jangan tinggalkan solat sunat Subuh ini kerana Rasulullah sendiri
memesan dalam situasi apa pun sama ada dalam perjalanan ataupun dalam
pertempuran, jangan tinggalkan solat sunat Subuh.
Solat Subuh juga dapat
menjadi penerang pada Hari Kiamat seperti yang dinyatakan oleh
Rasulullah, “Berilah khabar gembira bagi orang yang berjalan dalam
kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang terang benderang pertolongan
pada Hari Kiamat” (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah).
Cahaya ini penting
semasa melintasi titian Sirath. Sirath ini menakutkan. Waktu itu keadaan
gelap gelita dan manusia meraba-raba untuk melintasi Sirath yang
bawahnya Api Neraka Jahanam.
“Di kedua-dua belah
Sirath terdapat anjing yang terikat yang diperintahkan menyerang sesiapa
sahaja yang mendekatinya. Sesiapa yang berjalan dengan tegak, selamat
manakala yang bertatih-tatih masuk ke dalam neraka,” Nabi Muhammad SAW
berkata.
Itulah pentingnya cahaya
untuk orang yang solat subuh berjemaah di masjid dan mereka bisa
melintasi titian sirath berjalan bagaikan kilat(sekelip mata). Bukan
orang yang sembahyang subuh seorang diri ataupun berjemaah di rumah.
Hikmah solat Subuh
begitu hebat kerana ia adalah solat yang paling sukar dikerjakan pada
awal waktu. Ramai diantara kita yang memilih untuk tidur di tilam empuk
dan berselimut hangat.
Seorang pemimpin Yahudi
pernah mengatakan yang mereka tidak takut dengan orang Islam melainkan
dengan satu perkara, iaitu apabila jumlah jemaah solat subuh sama dengan
jumlah jemaah solat Jumaat.
Umat yang menjaga solat
Subuh berjemaah adalah umat yang berhak berdiri kukuh di muka bumi.
Manakala Umat yang lalai mengerjakan solat Subuh berjemaah adalah umat
yang tidak berhak mendapat kejayaan.
0 komentar:
Posting Komentar