KENAPA ALLAH BERI KITA MUSIBAH?
ASSALAMUALAIKUM
Salam sejahtera semua. Hmm... Dalam dunia ni, siapalah yang suka dan
gembira bila dapat musibah kan? Tak ada... Tapi hakikatnya, musibah
memang tak pernah lari dari hidup kita. Musibah tu adalah sesuatu ujian
yang datang dari Allah SWT. Contohnya apabila berlaku kecurian, sakit,
kemalangan, kematian, susah dalam hidup dan lain-lain lagi. Sejauh mana
kita lari, selama mana kita mengelak, musibah atau ujian tetap akan
menghampiri kita. Tapi kenapa?
Sebenarnya ada beberapa faktor kenapa Allah beri kita musibah.
Pertama, musibah itu datang sebab kita lupa Allah dan lalai menjalankan segala perintah-Nya.
Hmm... Memang wajarlah kalau kita ditimpa musibah kan. Sebab kita
sendiri yang lupa diri bila Allah dah bagi kesenangan. Siapa suka bila
di lupakan? If pakwe makwe kita tak call or tak messege sehari pun kita
naik angin kan? Macam tu lah Allah. Jangan lah kita lupakan-Nya
lebih-lebih lagi bila hidup dah senang. Tak adil. Sangat tak adil!
Sebaiknya perbanyakkan lah bersyukur dan mengucap Alhamdulillah atas
segala nikmat yang Allah beri. Segala perintah-Nya pulak janganlah di
abai. Insya-Allah, Allah akan lindung kita.
Sesungguhnya Allah berfirman, "Maka ketika mereka melupakan peringatan
yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membuka semua pintu-pintu
kesenangan untuk mereka sehingga ketika mereka bergembira dengan apa
yang telah di beri kepada mereka, Kami seksa mereka secara tiba-tiba,
maka ketika itu mereka terdiam berputus asa." (Surah Al-An'am ayat 44).
Nauzubillah...
Kedua, sebab kita ini terlalu tamak kan harta.
Susah sangat nak bersedekah. Sayang harta lah katakan! Sedekah tak kan
buat manusia jadi papa kedana pun. Tak pernah lah dengar orang
bersedekah jatuh muflis! Ada siapa-siapa yang pernah jadi macam tu ke?
Wallahualam. Sesungguhnya, sedekah itu membawa berkah dan menghindar kan
kita daripada musibah. Realitinya, siapa yang banyak bersedekah akan
dihormati dan dicintai masyarakat sekeliling. Tapi tengok jugak lah pada
niat. Kalau bersedekah setakat nak canang nama buat apa kan? Hilang
pahala ikhlas. Sia-sia je ibadah.
Sabda Rasulullah SAW: "Sedekah itu akan menutup tujuh puluh pintu
keburukan (musibah)." (Hadis Riwayat Ath Thabrani). Dalam Al-Quran pulak
Allah berfirman, "Dan apa sahaja yang kamu infakkan, Allah akan
menggantinya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik." (Surah Saba' ayat
39). Kalau di ikutkan sebenarnya banyak lagi kelebihan bersedekah ni
selain daripada menolak musibah. Jadi, perbanyakkan lah bersedekah ye.
Tapi ingat! Jangan sekali-kali bersedekah hanya untuk menunjuk-nunjuk!
Tak guna okay.
Ketiga, musibah itu terjadi sebab kita ini sombong dan tak nak menyambung silaturrahim sesama manusia.
Suka tak bila orang belagak? Tak kan? Sama lah. Rasanya tak ada siapa
pun suka dengan orang yang sombong. Hubungan silaturrahim tu penting
dalam hidup sebab bila kita bersaudara, akan timbul rasa kasih dan
sayang. Jadi tak adalah orang nak berhasad dengki dan bermusuh-musuhan
dengan kita. Dengan ini, maka dapat terhindarlah diri daripada segala
macam musibah akibat rasa marah dan bencinya manusia kepada kita.
Rasululllah SAW bersabda: "Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya
dan dipanjangkan umurnya maka hubungkanlah tali silaturrahim
(persaudaraan)." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Hakikatnya ada banyak lagi sebab kenapa Allah turunkan musibah kepada manusia. Dan setiap apa yang diatur Allah ada sebab musabab nya tersendiri. Sebenarnya ada beberapa rahsia di sebalik musibah semua ni. Pertama, Allah jadikan musibah untuk mengangkat darjat mereka yang telah di uji kerana kesabarannya menghadapi musibah dan ujian yang di beri. Kedua, Allah ingin menduga manusia dan menjadikan cubaan ini sebagai cubaan dalam hidup. Dan yang ketiga, musibah ini juga sebagai pelebur dosa yang telah mereka lakukan pada masa lampau.
Akhir kata, sekiranya musibah menimpa diri, janganlah sekali-kali kita lupa kepada Allah. Dan janganlah kita buat perkara yang boleh mengundang musibah. Setiap apa yang berlaku mesti lah dihadapi dengan sabar dan tabah.
Sekian saja, salam...
0 komentar:
Posting Komentar