Wahai Muslimah..jadilah seperti rama-rama yang cantik
Indahnya
rama-rama yg berterbangan dan menghinggapi bunga-bunga beraneka warna.
Pastinya kita akan terfana melihat bagaimana kehadirannya mengindahkan
alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa
rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah
tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang
melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke
jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai
oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik
lagi padanya. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan
diawetkan.
Rama-rama
ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun
setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya.
Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah
telah mula tercemar.
Begitulah
wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah,
apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga
rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada
apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
Rama-rama
terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan
diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong
yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada
siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
Sulitnya
untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi
bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi
sesuatu yang amat menyenangkan.
Rama-rama
adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan
mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang
kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan
dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah
payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini.
Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan
ibu bapa.
Usah
jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi
diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan
kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak
anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan
dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak
peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan
masa depan.
Kalaulah
rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia
tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia
mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama
tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia.
Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran
terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar
diintai bahaya.
Mahalkan
harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda
di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi
tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.
Usah
terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna
anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita
angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.
Nilai
anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda
tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu
terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama
mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang
bebas bagaikan sang rama-rama.
Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.
0 komentar:
Posting Komentar