Wahai Muslimah, jadilah kamu seperti epal yang tinggi..
Wahai muslimah..sebaik-baik wanita adalah wanita yang
solehah..sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah..Perhatikan
wahai Muslimah, perilaku sepohon epal yang rendang.Apabila musim berbuah
berkunjung tiba, akan tumbuh buah- buah ranum.Merah dan gebu.Manis
sekali.Jadi pada ketika ini banayak 'tangan-tangan' yang kepingin untuk
merasa, memetiknya dengan rakus.Kesemuanya berebut- rebut untuk memetik
untuk merasa kemanisan epal- epal yang merah masak.
Epal-
epal ini banyak dikalangannya, yang merah ranum lagi manis, dengan
sendirinya dan dengan sengajanya menjatuhkan diri sendiri ke tanah.Tanpa
perlu bersusah payah untuk dipetik.Tatkala epal ini jatuh ke
tanah,tangan-tangan yang rakus ini dengan tangkas mencapainya dan
dimamah dengan serakusnya.Ada dikalangan epal ini, yang jatuhnya tidak
dihiraukan oleh tangan-tangan yang bersih,lalu dibiarkan ia membusuk di
tanah,sebagai habuan tupai-tupai nakal yang berkeliaran mencari rezeki,
tanpa perlu bersusah payah menggapainya sendiri.Bagi tangan-tangan yang
bersih ini,epal yang baik dan berkualiti,letaknya bukan
ditanah,digumpali dengan kotoran dan sampah.Hilang sudah tarikan
warnanya, serta kemanisan buahnya.Mana mungkin epal sebegini menjadi
pilhannya?
Nun, jauh di atas, epal yang terbaik dan yang
paling ranum akan kekal ditangkai.Merah dan menggebu.Sukar untuk dilihat
kerana letaknya disebalik daun-daun sebagai perlindungan.Tangkainya
juga tinggi,susah untuk digapai.Hanya yang benar-benar ikhlas berhajat
untuk mendapatkan epal yang terbaik ini akan berusaha untuk
mendapatkannya, bukan tangan-tangan yang kasar lagi rakus kerana hanya
epal yang rendah akan menjadi pilihan mereka, selayaknya bagi
mereka.Walaupun kadangkala epal terbaik ini risau tidak disunting
mana-mana tangan manusia.Namun dia yakin,bahawa janji Allah itu
pasti.Jadi, ia akan kekal dimana tempatnya berada.
Hanya
tangan yang bertuah,akan berusaha mencari dan mendapatkannya.Tidak boleh
direntap begitu saja sebaliknya perlu dipetik dengan cermat agar
buahnya tidak jatuh dan luka.Agar bisa dinikmati secangkir madu dari
manisnya epal yang terlindung..merah..segar..dan ranum..Hanya yang
bertuah akan memiliki dan hanya yang bertuah yang dapat menikmati.
renung-renungkanlah..
Hai
Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1]
ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Al Ahzab 33:59)
Semoga Bermanfaat.. InsyaAllah..
---------------------------------------------
Sumber: الفضيله الكنتا
[1]. Jilbab ialah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada.
0 komentar:
Posting Komentar