Bersihkan Hati
“
Ramai manusia sibuk setiap hari membersihkan & mencantikkan diri
yang lahir. Tapi anggota batinnya dibiarkan kotor dan berdaki. Padahal
rusaknya kehidupan di dunia berpuncar dari kekotoran batin ”
“
Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging, bila
baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya, dan bila jahat ia nescaya
jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” (Hr Bukhari Muslim)
Firman
Allah swt : Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat
memberikan pertolongan sesuatu apapun. Kecuali (harta benda dan
anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang
selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik). (Asy-Syu'araa'
88,89)
Kehendak seseorang dalam melaksanakan sesuatu perkara bermula dari hatinya, jika terdetik dalam hatinya untuk melakukan sesuatu, maka anggota lain akan turut serta mengikutinya. Hati yang beroleh manfaat, selamat ialah hati yang sentiasa tunduk, patuh dalam mendengar seruan Tuhannya, tiap larangan Tuhannya sentiasa diusaha untuk menjauhinya. Tiap perintahnya sentiasa disegerakan dalam melaksanakannya.
Kehidupan Dunia hari ini penuh dengan hiburan yang melalaikan. Maksiat dijaja dimerata tempat. Cara hidup yang diajar Islam tidak diendahkan. Mungkin sebahagian besar masih jahil, hasil dari didikan Ibu bapa, pemimpin Negara dan kelemahan para pendakwah sendiri. Ataupun padahal sebenarnya segala larangan Allah swt sudahpun diketahuinya, akan tetapi kerana hatinya yang tetap jua menginginkan untuk membelakangi perintah tersebut.
Saudaraku sekalian, janganlah dibiarkan hidup kita dibiasakan dengan perkara-perkara dosa walaupun kecil. Cubalah tunduk akan segala keangkuhan, kesombongan diri, dan bermacam-macam alasan lagi. Dengar dan sahutlah seruan Allah dan Rasulnya. Fahamilah tiap perintah dan Hikmah laranganNya. Terimalah dari tiap teguran siapa yang menghulurkannya. Walaupun kadang-kadang seseorang yang tidak kita sukainya.
“
Harta, pangkat, kedudukan, tua, muda, kaya, miskin dan apa sekalipun
taraf kehidupan seseorang tidak menjadi syarat untuk kita menerima atau
tidak mahu menerima tiap arahan Allah swt. Dan ianya tidak juga menjadi
syarat untuk kita meraih kemulian disisi Allah swt ”
Firman
Allah swt : Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang
yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau
bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam
PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujuraat 13)
Janganlah kita suka bersangka buruk pada orang. Suka mengejek, mengutuk, menfitnah dan banyak mengumpat sesama Muslim yang lain. Ianya suatu Dosa dan melahirkan lagi bermacam-macam keburukan. Janganlah mudah dipengaruhi dengan akhbar-akhbar dan segala berita yang sekarang banyak tidak amanah dalam melaporkannya.
Perlunya diteliti, diselidik dengan sebaiknya dalam membaca dan mendengarnya. Janganlah dengan sebab kita membenci seseorang itu, segala teguran, nasihat dan peringatannya diabaikan. Kadang-kadang perlu juga diketepikan soal Politik dan segala perkara yang menidakkannya. Perlu dilihat, dimanfaatkan dari apa yang dikata, bukan dilihat siapa yang berkata. Ingatlah tiap peringatan tersebut adalah dari Allah swt jua. Mereka dahulu pun jahil, namun mereka sudahpun memahaminya dan Mereka ditugaskan pula untuk menyampaikan kepada yang lain.
Saudaraku sekalian, jika segala nasihat, peringatan yang seringkali sudah didengari oleh telinga kita tidak terasa ingin difikirkannya, dimuhasabahkanya. Ianya menandakan hati kita sudah gelap, kotor dengan dosa-dosa. Ingatlah tiap kali dosa yang dilakukan akan menyukarkan lagi hati untuk terbuka mendengar peringatan Allah swt. Padahal segala peringatan, tiap perintah dan laranganNya amat sudah cukup jelas dan sempurna. Justeru itu sama-sama kita perbaiki, mencuci Hati kita supaya sentiasa bersih, mudah mendengar dan menyahut tiap Perintah Allah swt sebelum ianya makin kotor dan tidak mampu lagi untuk dihilangkan kotorannya.
Justeru itu sudah semesti caranya ialah perlunya ditinggalkan akan segala perkara yang dimurkai Allah swt, seterusnya melakasanakan segala tuntutanNya. Memperbanyakkan, meningkatkan lagi amalan dalam kehidupan seharian kita. Janganlah kita suka duduk dalam keadaan jahil, ajal tidak dimaklumi waktunya. Perlu jua didalami Ilmu Agama, agar kita tahu mana Perintah dan LaranganNya, mana Halal, Haram dalam kehidupan seharian kita.
Hati yang bersih sudah tentu hati yang sentiasa disenangi untuk menuruti, melaksanakan tiap suruhan Allah dan menghindari laranganNya. Namun ianya bukan mudah, perlu sanggup mengorbankan rasa nikmat melakukan pelbagai maksiat yang sementara tersebut untuk menghindari kecelakaan yang dasyat diakhirat nanti. Perlu sentiasa melawan ujian nafsu yang semakin hari semakin sukar dikawalnya akibat dari suasana kehidupan Dunia sekarang yang penuh dengan agenda-agenda hiburan, maksiat yang melalaikan, yang membawa kepada kecelakaan di Masa perhintungan Akhiat kelak.
“Jika
jahil perlu dipelajarinya, difahaminya. Jika sudah difahami dan sudah
dilaksanakannya, perlu diikhlaskannya pula. Jika sudah diikhlaskannya,
perlunya untuk dipohon agar ditetapkan Hati dalam melaksanakan
suruhanNya”
Seterusnya
sama-sama kita berusaha untuk melazimikan cara hidup seharian kita
dengan amalan-amalan berikut. Inysa' Allah, ianya akan mampu menjadi
benteng dari terlalai pada perkara dilarang Allah swt.
Peliharalah titah perintah Allah nescaya ia akan memelihara engkau (sepanjang masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati ia selalu dihadapanmu. (Hr Tarmizi)
Pertama : Solat. Tiang pada Agama Islam, penghulu segala amal lain. Ianya perlu dipelihara, didirikan dengan sesempurnanya. (Tidak menangguhkannya, tunaikan berjemaah di Masjid, jaga Rukun, thuma’ninah. Insya’ Allah jika ia dilakukan dengan penuh kesempurnaan, khusyuk akan hadirnya rasa tenang dalam kehidupan seharian dan dapat menjadi benteng dari perbuatan mungkar.
Kedua : Diselangi pula dengan amalan sunat lain. Sunat qabliyyah dan ba’diyyah, sunat dhuha dan witir. Wirid selepas solat. Bersedekah walaupun sedikit. Puasa sunat. Lazimi lidah dengan sentiasa istighfar, selawat atas Nabi. Manfaatkan masa lapang dengan berzikir dimana jua berada. Quran dijadikan bacaan harian, fahami maknanya, paling kurang satu helai sehari. Baca surah al-kahf tiap2 jumaat. Hadirkan diri ke majlis-majlis ilmu dan sentiasa berusaha jauhi jalan-jalan maksiat. (Penglihatan, perbuatan & pertuturan).
Ketiga : Jika berkemampuan untuk bangun pada malam hari untuk solat tahajud, bermunajat memohon ampun pada Allah swt, amatlah besar fadhilatnya. Memohon pada Allah swt agar tergolong dari kalangan hambanya yang soleh, beriman, patuh pada peraturanNya. Pohon mudahan diterima akan segala amalan yang dikerjakan, dijauhi sifat riya, takabbur, kagum pada diri, mengumpat, dengki. Pohon ditunjuki, ditetapkan pada jalan yang diredhaiNya. Dan keselamatan, kebaikan hidup di dunia & akhirat, pada diri, kedua Ibu bapa, keluarga, sanak saudara dan sekalian kaum Muslimin.
Saudaraku sekalian. Biarlah terasa letih, perit, susah sedikit keranaNya. Susah Akhirat teramat lagi dasyatnya. Ajal tak dijangka masanya. Masih muda, sihat tak menjadi sebabnya.
Namun jika tidak berkemampuan untuk dilaksanakan semuanya, tidaklah mengapa. Biarlah sedikit, tapi ianya berterusan lebih baik. Tetapi amatlah lagi beruntung jika kita berusaha untuk cuba melaksanakannya.
Diterangkan : Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi terputus. Ini kerana amalan berkenaan menyebabkan seseorang itu melakukan ketaatan, berzikir, berwaspada dan mendampingkan diri kepada Allah swt secara berterusan.
Akhirnya, Jika kita tidak bersegera untuk membaiki, mencuci segala kotoran, karat yang terdapat dalam hati kita, maka selama-lamanya keadaan kita tidak akan berubah. Firman Allah swt :
Kita
yakini, pelihara perintah Allah swt sebaiknya, insya’ Allah, Dia
pelihara kita. Kita tolong, bantu agama Allah swt, insya’ Allah, Allah
swt akan tolong kita. Yakinlah akan benarnya Firman Allah swt &
Sabda Nabi saw :
Wahai
orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya
Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak
pendirian kamu. (Muhamad 7)
Peliharalah titah perintah Allah nescaya ia akan memelihara engkau (sepanjang masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati ia selalu dihadapanmu. (Hr Tarmizi)
Pertama : Solat. Tiang pada Agama Islam, penghulu segala amal lain. Ianya perlu dipelihara, didirikan dengan sesempurnanya. (Tidak menangguhkannya, tunaikan berjemaah di Masjid, jaga Rukun, thuma’ninah. Insya’ Allah jika ia dilakukan dengan penuh kesempurnaan, khusyuk akan hadirnya rasa tenang dalam kehidupan seharian dan dapat menjadi benteng dari perbuatan mungkar.
Kedua : Diselangi pula dengan amalan sunat lain. Sunat qabliyyah dan ba’diyyah, sunat dhuha dan witir. Wirid selepas solat. Bersedekah walaupun sedikit. Puasa sunat. Lazimi lidah dengan sentiasa istighfar, selawat atas Nabi. Manfaatkan masa lapang dengan berzikir dimana jua berada. Quran dijadikan bacaan harian, fahami maknanya, paling kurang satu helai sehari. Baca surah al-kahf tiap2 jumaat. Hadirkan diri ke majlis-majlis ilmu dan sentiasa berusaha jauhi jalan-jalan maksiat. (Penglihatan, perbuatan & pertuturan).
Ketiga : Jika berkemampuan untuk bangun pada malam hari untuk solat tahajud, bermunajat memohon ampun pada Allah swt, amatlah besar fadhilatnya. Memohon pada Allah swt agar tergolong dari kalangan hambanya yang soleh, beriman, patuh pada peraturanNya. Pohon mudahan diterima akan segala amalan yang dikerjakan, dijauhi sifat riya, takabbur, kagum pada diri, mengumpat, dengki. Pohon ditunjuki, ditetapkan pada jalan yang diredhaiNya. Dan keselamatan, kebaikan hidup di dunia & akhirat, pada diri, kedua Ibu bapa, keluarga, sanak saudara dan sekalian kaum Muslimin.
Saudaraku sekalian. Biarlah terasa letih, perit, susah sedikit keranaNya. Susah Akhirat teramat lagi dasyatnya. Ajal tak dijangka masanya. Masih muda, sihat tak menjadi sebabnya.
Namun jika tidak berkemampuan untuk dilaksanakan semuanya, tidaklah mengapa. Biarlah sedikit, tapi ianya berterusan lebih baik. Tetapi amatlah lagi beruntung jika kita berusaha untuk cuba melaksanakannya.
Sabda
Rasulullah saw : Wahai sekalian manusia, lakukanlah amalan mengikut
keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak pernah jemu menerima segala
amalanmu. sehingga kamu sendiri merasa jemu. Amalan yang paling Allah
sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit. (Hr Muslim)
Diterangkan : Amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi terputus. Ini kerana amalan berkenaan menyebabkan seseorang itu melakukan ketaatan, berzikir, berwaspada dan mendampingkan diri kepada Allah swt secara berterusan.
Akhirnya, Jika kita tidak bersegera untuk membaiki, mencuci segala kotoran, karat yang terdapat dalam hati kita, maka selama-lamanya keadaan kita tidak akan berubah. Firman Allah swt :
Sesungguhnya
Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka
mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Ar-R'ad 11)
0 komentar:
Posting Komentar