Suatu
hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan
menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu
pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar
tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.
Dengan begitu
tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan
tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di
dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun
sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan
pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."
"OK,
semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.
Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai.
Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur
pendayung sampan. "Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya
Professor itu. "Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu
dgn ringkas. "Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi
kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya
Professor itu. Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya.
Masih
tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"
Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kalau macam ni, kamu dah
kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata Professor itu lagi, "Kamu
tahu biologi?" Pendayung sampan itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu
dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu
masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya
menggelengkan kepala. "Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75
peratus dari usia kamu. Malang sungguh nasibkamu, semuanya tak
tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan dengan mendayung sampan." Kata
Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu
hanya berdiam diri.
Selang
beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang
ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan
pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu
bertanya, "Kamu tahu berenang?" Professor itu menggelengkan kepala.
"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata
pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.
Morale
of the Story: Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin
kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu
perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka
bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam
bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER"
dalam bidang yang diceburi.
Hidup
ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yang
dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?
Hikmat Inspirasi: Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna...
http://ibnu_sina.webs.com |
0 komentar:
Posting Komentar