Sebenarnya, Aku Islam Apa?
"Sejak bila kau beragama Islam?"
"erm.. aku Islam sejak lahir lagi."
"erm.. aku Islam sejak lahir lagi."
Soalan mudah, jawapanpun ringkas. Begitulah pengakuan yang diberikan
sekiranya kita dilahirkan oleh ibu bapa yang memang beragama Islam.
Pengakuan 'aku Islam sejak lahir' itu sememangnya tidak dapat disangkal.
Namun, sejauh mana kebenaran pengakuan yang hanya terbit dari bibir?
Mengaku Islam dengan bicara lidah semata-mata sebenarnya boleh meragukan. Lidah tidak bertulang, amat mudah digerakkan untuk menyusun kata sekalipun bertentangan dengan hal yang sebenar.
Fikir-fikirkan semula.. itu pengakuan lidah. Bagaimana pula dengan
pengakuan hati kita? Bagaimana dengan pengakuan tindak-tanduk kita?
Benarkah kita Islam sejak lahir?
Mari luangkan sedikit masa, rungkaikan persoalan-persoalan ini dengan
mengimbau seketika kehidupan yang kita jalani sekarang ini. Adakah
dalam kehidupan, kita benar-benar menjadikan Islam sebagai cara hidup?
Jawabnya mudah, sebelum dipersoalkan semua ajaran-ajaran Islam,
periksalah solat kita dulu. Solat yang berkualiti merupakan antara bukti
kukuh untuk membuktikan bahawa kita adalah penganut agama Islam.
Bagaimana keadaan solat kita? Adakah kita suka solat? Suka dan senang
hati melaksanakan solat lima waktu sehari semalam tanpa sengaja
dilewat-lewatkan?
Bagaimana pula dengan penjagaan aurat seperti yang telah digariskan
dalam Islam? Adakah kita suka menutup aurat? Suka dan senang hati
menjaga batasan aurat dengan sempurna?
Jawablah dengan hati yang terbuka..
Sekiranya jawapan kita adalah "tidak suka" atau "belum suka" , ketahuilah bahawa terdapat sedikit kesilapan dalam pengakuan keislaman kita sebentar tadi. Kita hanya mengaku dibibir tetapi tidak pada perbuatan.
Periksalah diri kita.. Kita tahu bahawa penganut Islam diwajibkan
untuk melaksanakan solat dan menutup aurat, tapi mengapa kita abaikan?
Mengapa kita masih melengah-lengahkan solat? Lebih teruk lagi, mengapa
kita sanggup meniggalkan solat? Aurat pula, terdedah sana..terdedah
sini.. tidak malukah kita? Penampilan imej kita kadang-kadang tiada beza
dengan orang yang bukan Islam. Sama saja. Sama-sama tidak patuh dengan
perintah Allah.
Entah bagaimana pula dengan peraturan-peraturan lain yang telah
digariskan dalam Islam. Diamalkan secara keseluruhan atau
separuh-separuh? Atau hanya diamalkan sekiranya ada kepentingan diri?
Jawapannya ada pada diri kita. Nilailah..
Lalu kita Islam apa sebenarnya? Kita Islam apa?
Tidak lain tidak bukan, kita sebenarnya hanyalah 'ISLAM KEBETULAN'.
Ya.. kita menjadi Islam hanya kerana kebetulan.. Kebetulan dilahirkan dalam keluarga yang digelar Islam, lalu kita mengaku Islam sejak lahir. Namun, realitnya, ramai dalam kalangan kita hanya Islam pada nama atau status Kad Pengenalan Diri (IC).
Dalam erti kata lain, kita tidak memilih Islam sebagai cara hidup
seratus peratus. Kita sanggup mengabaikan ajaran Islam walaupun lahir
dalam keadaan Islam. kita bersikap memilih-milih dalam beramal. Ikut
suka hati. Mana yang berkenan, itu saja yang di amalkan. Kalau hati
tidak suka, ada saja alasan yang dicari untuk mengelak daripada
mengamalkannya. Biasalah, Islam secara kebetulan.
Contoh yang jelas, apabila ditanya; "Mengapa tidak tutup aurat?"
Rimas, panas, tidak selesa, ketinggalan zaman, belum ada niat hendak
tutup aurat, hidayah belum sampai, dan macam-macam lagi alasan yang
jelas menunjukkan bahawa ajaran Islam tidak menjadi pilihan dalam hidup.
Malah ada yang beranggapan bahawa sesetengah daripada ajaran Islam
tidak lagi relevan untuk zaman teknologi yang serba canggih ini.
Jika begitu, kita belum lagi layak digelar penganut Islam yang sebenar bukan?
Ya.. sememangnya belum layak.. belum layak..
Ya.. sememangnya belum layak.. belum layak..
Lalu siapa yang layak??
Penganut Islam yang sebenar, hanya layak disandarkan pada seseorang
yang memilih untuk menjalankan kehidupannya selari dengan apa yang
digariskan dalam Islam itu sendiri. Atas pilihan itu, Islam dilaksanakan
dengan penuh taat dan rela hati, bukan terpaksa. Merekalah penganut
'ISLAM PILIHAN'.
Segala ajakan syaitan untuk mengikut ajaran-ajaran lain termasuk
budaya negatif daripada barat, tidak dilayan malah dibuang
sejauh-jauhnya. Mereka taat dengan perintah Allah ;
"wahai
orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara
keseluruhan, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan.
Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." [2:208]
Golongan ini mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Mereka suka
Islam. Islam dipilih sebagai cara hidup. Islam the best! Islam memang
terbaik! Segala perintah dan larangan Allah di dalam Al-Quran ditaati
tanpa bantahan walau sedikitpun. Diri, keluarga dan masyarakat dibentuk
mengikut sunnah Rasulullah SAW. Cantik sungguh kehidupan mereka. Bahagia
dengan ujian nikmat dan musibah.
Semuanya kerana apa?
Kerana apabila Islam sudah bertakhta di hati, Al-Quran akan diamalkan
mengikut sunnah Rasulullah dan dijadikan kompas untuk mencari Syurga
Allah. Islam betul-betul menjadi pilihan hidup. Bukan sekadar kebetulan.
Saudara-saudara seIslam semua..
ketahuilah bahawa, kita sangat beruntung kerana awal-awal lagi sudah ditakdirkan Islam. Islamlah sinar cahaya kehidupan yang tidak akan sama dengan yang lain. Maka buka dan lembutkanlah hati kita untuk menerima dan mengamalkannya. Andai dibiarkan hati kita jauh daripada ajaran-ajaran Islam, celakalah hidup kita bersama hati yang keras seperti batu. Sepertimana yang dinyatakan oleh Allah SWT ;
ketahuilah bahawa, kita sangat beruntung kerana awal-awal lagi sudah ditakdirkan Islam. Islamlah sinar cahaya kehidupan yang tidak akan sama dengan yang lain. Maka buka dan lembutkanlah hati kita untuk menerima dan mengamalkannya. Andai dibiarkan hati kita jauh daripada ajaran-ajaran Islam, celakalah hidup kita bersama hati yang keras seperti batu. Sepertimana yang dinyatakan oleh Allah SWT ;
"Maka apakah
orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam
lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu
hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu
hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata." [39:22]
Oleh itu, sedarlah dengan peringatan tersebut. Periksalah keislaman kita sekarang. Kita Islam apa?
ISLAM KEBETULAN atau ISLAM PILIHAN ?
Jawablah tanpa ragu dan rela hati. Tiada paksaan dalam memilih cara
hidup. Apa yang pasti, kebenaran telah jelas, kesesatan telah jelas!
pilihlah..
"Tidak ada
paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan
yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar
kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah
berpegang teguh pada tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan
Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [2:256]
Kepada sesiapa yang kebetulan Islam, teruslah memilih Islam dalam
mengendalikan kehidupan. Kepada sesiapa yang belum Islam, pilihlah
Islam. Sekiranya Islam belum menjadi pilihan, nescaya kita akan rugi.
Rugi serugi-ruginya di dunia dan di akhirat ! Allah sendiri yang janji..
"Barangsiapa
mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan
diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk
orang-orang yang rugi." [3:85]
Peringatan buat diri ini, jangan sampai kita bangga atau sibuk
mengaku di bibir bahawa kita Islam, tetapi tindak tanduk kita jauh
daripada Islam. Lalu kita mati dalam keadaan bukan mengamalkan Islam.
Akhirnya, hidup kita di akhirat nanti bagaimana?
Nerakalah jawabnya! Na'uzubillahi min zalik..
"Wahai
orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar
takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam
keadaan beragama Islam." [3:102]
0 komentar:
Posting Komentar