
Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya...
Kita
tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang
gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak,
boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha.
Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan
dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini
tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh
cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar,
tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih
berjaya, dan ummat ISLAM tertindas...