Keluasan Api Neraka
Yazid Arraqqasyi dari
Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang
ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh
nabi s. a. w. “Mengapa aku melihat kau berubah muka?”
Jawabnya: “Ya Muhammad,
aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan
api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka
Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu
terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya.”
Lalu nabi s. a. w. bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.”
Jawabnya: “Ya. Ketika
Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga
merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian
seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap,tidak pernah padam
nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan
terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia
semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,
andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi
nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg
mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg
disebut dalam Al-Qur’an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair
sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan
hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar
orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu
sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur
nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh
pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang
laki-laki dan perempuan.”
Nabi s. a. w. bertanya:
“Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?” Jawabnya:
“Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari
pintu ke pintu jarak perjalanan 70,00tahun, tiap pintu lebih panas dari
yang lain 70 kali ganda.” (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih
panas)
Tanya Rasulullah s. a.
w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?” Jawab Jibrail: “Pintu yang
terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah
diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir’aun
sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin
bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat
Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang
yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama
Sa’eir.” Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga
ditanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?”
Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg
sampai mati belum sempat bertaubat.” Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan
ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi
s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi
saw bersabda: “Ya Jibrail, sungguh \ besar kerisauanku dan sangat
sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam
neraka?” Jawabnya: “Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.”
Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.
a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang
kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab “Peringatan
Bagi Yg Lalai”)
Dari Hadith Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat
bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka
jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
” Sesungguhnya
orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari
keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya
kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan
dilaknat oleh sekalian makhluk.”
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:” Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
(sumber dari muhdhazrie.wordpress.com)
Sifat Api Neraka
Dari sebuah hadis ada
diceritakan Allah SWT telah menghantar malaikat Jibrail bertemu malaikat
Malik untuk mengambil api darinya bagi kegunaan Adam a.s untuk memasak.
Malaikat Malik pun bertanya "Wahai Jibrail ! berapa banyakkah yang kamu
mahu ? " Sebesar buah tamar, jawab Jibrail. Kata Malik tahukah kamu,
kalau aku berikan api neraka sebesar yang kamu mahu pasti akan hancur
lebur tujuh petala langit dan bumi kerana kepanasan."
Kalau begitu separuh
buah tamar, kata Jibrail. Jawab Malik, "Kalau separuh darinya nescaya
langit tidak dapat menurunkan hujan walaupun setitik kebumi dan segala
tanaman akan musnah." Malaikat Jibrail lalu memohon pertolongan dari
Allah SWT untuk mengetahui jumlah yang betul. Allah SWT lalu berfirman,
"Ambillah sebesar biji sawi.". Pergilah Jibrail mendapatkan api itu
kemudiannya api itu dibasuh dahulu dengan 70 buah sungai disyurga.
Setelah itu ianya dibawa kepada Adam a.s dan diletakkan di atas puncak
gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung dan tinggalah hanya sedikit
maka api itulah yang digunakan hingga sekarang.
(sumber dari facebook Cintailah Pencipta Kita)
(sumber dari facebook Cintailah Pencipta Kita)
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
0 komentar:
Posting Komentar