Akhir Zaman : Laut Pada Masa Depan Apabila Lautan Dijadikan Meluap 
 
Tahukan anda gunung krakatau di selat sunda? Salah sebuah gunung berapi yang tumbuh di tengah lautan. Selepas letusan pada tahun 1800-an muncul pula gunung kecil yang dikenali sebagai anak krakatau. Anak gunung Krakatau ini juga telah berkali-kali meletus.
Tahukan anda gunung krakatau di selat sunda? Salah sebuah gunung berapi yang tumbuh di tengah lautan. Selepas letusan pada tahun 1800-an muncul pula gunung kecil yang dikenali sebagai anak krakatau. Anak gunung Krakatau ini juga telah berkali-kali meletus.
Maklumat tentang gunung 
berapi yang tumbuh dilautan, beberapa tahun lalu para saintis mendapati 
letusan gunung berapi yang sangat besar di dasar laut akibat celah 
panjang yang berada pada kedalaman 2500 meter di bawah permukaan laut. 
Apabila letusan kuat berlaku sehingga cecair lava berkumpul dan 
kemudiannya naik membentuk awan berapi setinggi 250 meter di permukkan 
laut dan akan memanaskan air secara drastik.
Para saintis mengenal 
pasti letupan tersebut akan terus berulang sehingga pada beberapa waktu 
tertentu, bahkan bagi siapa yang memantau gunung berapi ini beserta 
letusan gunungnya terasa seperti terbakar di depan laut yang tidak akan 
padam.
Terdapat beberapa 
retakan yang memyelubungi dasar lautan dan di dalam laut terdapat 
celah-celah kerak bumi dan dimana cairan magma memancut keluar dari 
perut bumi. Jelas keadaan laut pada ketika itu seperti dibakar oleh 
kepanasan lava tersebut. Seperti telah disebutkan dalam Al-Quran, 
sewaktu Allah swt berfirman dengan Laut-Nya yang terbakar (menyala), 
Firman-Nya:
"Demi laut yang penuh gelombang," [QS. At-Tuur: 6].
Jika benar Al-Quran 
adalah produk budaya manusia di Zaman munculnya, sejaka empat belas Abad
 lalu Ummat manusia hanya menyakini berbagai legenda, mitos-mitos yang 
jauh dari fakta ketika berbica tentang misteri Laut, tetapai kitab suci 
Al-Quran dengan segala bukti Ilmiah sama sekali bersih dengan hal-hal 
demikian, tidak lain kerana Al-Quran diturunkan oleh Sang Maha 
Mengetahui.
Jika seseorang bertanya 
tentang misteri kewujudan retak tersebut, mengapa Allah swt menciptakan 
bumi dengan begitu banyak retakan? Jawabanya jika seandainya bumi ini 
hanya sebuah planet tanpa retakan maka reaksi panas Bumi akan tertahan 
di bawah sehingga akan mencetuskan Letupan besar yang menghacurkan 
keseluruhan planet ini.
Maka dari itu mungkin 
boleh dikatakan bahawa keretakan itu adalah celah pernafasan bagi Bumi 
kita, darinya keluar beban, suhu panas dan tekanan jika berlebihan. Atau
 ibarat injap keselamatan yang menjaga kestabilan dan keseimbangan bumi.
Sesungguhnya fakta 
tentang lautan yang diluahkan atau البحر المسجور sudah diyakini 
kepastiannya dan kita sekarang boleh melihat lava di dasar laut yang 
terpancar dan memanaskan air Laut. Hakikat ilmiah ini tidaklah diketahui
 hingga berlalunya bepuluh-puluh Abad setelah diturunkannya Al-Quran. 
Bagaimana boleh pengetahuan tersebut ada dalam Quran dan siapakah yang 
membawanya pada waktu itu?
Sesungguhnya Allah swt 
yang Maha mengetahui segala yang tersembunyi dan yang memberitahu kita 
tentang nyala Api dalam Lautan dan menjelaskan tentang laut di masa 
depan ketika api semakin menyala:
"Dan apabila lautan dijadikan meluap," (QS. At-Takwir: 6).
Kemudian hari di mana Lautan meletup:
"Dan apabila lautan dijadikan meletup," (QS. Al-Infihaar: 3).
Di sini kita mencari 
sebuah kaedah baru Al-Quran dalam membuktikan fakta-fakta ilmiah di masa
 depan, sama seperti laut yang kita lihat pada masa ini yang mana 
mencetuskan hanya beberapa peratus. Pada masa akan datang dimana perut 
bumi mengeluarkan semua beban-bebannya dan kemudian meletup, inilah 
bukti ilmiah tentang kebenaran hari kiamat.
"Dan bumi mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya," (QS. Al-Zilzal: 2).
Gambar yang membuktikan 
kekuasaan Allah swt Sang Maha Penciptaan: bagaimana mungkin keduanya 
bercampur tanpa air memadamkan api dan api menguap air, namun dua unsur 
tersebut tetap seimbang, Maha Besar Allah!
Tompokan sisa-sisa lava di permukaan yang membentuk pulau-pulau Volkanik.
Para saintis berpendapat
 bahawa terdapat beberapa retakan dibahagian dasar laut yang dipenuhi 
dengan batuan magma yang sangat panas, maka dari itu Allah swt berfirman
 bahawa Siksaan Api Neraka-Nya benar-benar nyata:
"Dan laut yang di dalamnya ada api, sesungguhnya azab Tuhanmu pasti terjadi ......" (QS. At-Thuur :6-7).
 08.04
08.04
 



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 komentar:
Posting Komentar