Seorang
ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya.
Namun, dia selalu kuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu
bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk
memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. Pada suatu
hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?".
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudlu zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudlu zahir dan batin itu?"
Hatim
berkata, " wudlu zahir sebagaimana biasa yaitu membasuh semua anggota
wudlu dengan air". Sementara wudlu batin ialah membasuh anggota dengan
tujuh perkara :
1. Bertaubat
2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
3. Tidak tergila-gilakan dunia
4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
5. Tinggalkan sifat berbangga
6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. Meninggalkan sifat dengki."
Seterusnya
Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua
anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan
aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah
kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku,
dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal
mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali Ini adalah solat terakhir
bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
"Setiap
bacaan dan doa dalam solat, ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan
sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku
memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun".
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibanding-kan dengan Hatim.
0 komentar:
Posting Komentar