Soalan Nabi s.a.w "Siapa yang mencahayakan muka engkau ?" Jawab Iblis "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji." Soalan Nabi s.a.w "Apakah rahsia engkau kepada umatku ?"Jawab Iblis "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan NAJISNYA sendiri ke badannya tanpa dia sedari" Soalan Nabi s.a.w "Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau ?" Jawab
Iblis "Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca
doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya,
dan bercampurlah benih hamba dengan benih
isterinya.
Jika menjadi anak maka anak itu akan
gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua
kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa
membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka
makan, tiadalah rasa kenyang." Soalan Nabi s.a.w "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau ?" Jawab
Iblis "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah,
menangis kesal akan perbuatannya.
Apabila marah segeralah mengambil air
sembahyang, maka padamlah marahnya." Soalan Nabi s.a.w "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka ?" Jawab
Iblis "Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu
ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah
hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat
pada bulu itu." Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?"Jawab
Iblis "Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba
duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya
dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang
belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan
punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan
nafsu.
Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan
dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya,
lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya
hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut
tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya
(kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya
tiadalah terpelihara imannya". Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?" Jawab
Iblis "Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb. Apabila
mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati
mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik.
Berapa ramai
umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan
Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka "Soalan Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?“ Jawab
Iblis "Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka Ketawa ketika berbuat
dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian
manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa
sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar
maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya
itu" "Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba
ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba,
kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan
bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan" Soalan
Nabi s.a.w "Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di
atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi
menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari
gelap-gelita kepada terang-benderang "Maka Iblis pun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya "Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah
hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian
Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat.
Selama ada nyawa di Dalam
batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur
Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya" Maka firman Allah SWT : "Hai
Malaun (yang dilaknat - Iblis)! Demi kebesaran Ku dan ketinggian Ku !
Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka
itu meminta ampun kepada Ku". Maka
kata Iblis "Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan Melihat dua
macam hal sekelian hamba Allah.
1. Mereka
itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu Taat kepada hamba
dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka
itu mengikut hasutanku.
Maka datang firman Allah
"Hai Malaun ! Demi kemuliaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas
umat Muhammad dua kebahagiaan; Kasih mereka
kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat mereka kerana
perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah
(penebus dosa) bagi maksiat mereka
kepadaKu" Setelah
itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis.
Iblis pergi Dengan hati yang
sangat dukacita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad
SAW. Rasulullah s. a. w. Bersabda : "Sampaikan dari Ku walau pun sepotong ayat"
0 komentar:
Posting Komentar