Ramadhan Bulan Kesabaran, tapi Sabarkah Kita?
Di dalam hadith yang masyhur yang diriwayatkan oleh Salman berkenaan
Ramadhan, Rasulullah SAW bersabda bahawa; "Ramadhan itu bulan
kesabaran". Di dalam bulan Ramadhan ini, kita diwajibkan berpuasa
bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Ketika berpuasa,
kita menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang dihalalkan oleh
Allah SWT pada waktu di luar puasa. Makan dan minum asalnya halal
tetapi ketika berpuasa makan dan minum jadi haram. Mendatangi isteri
biasanya halal tetapi bila berpuasa jadi haram.
Makanan, minuman dan
seks (dengan izin) adalah 3 keperluan asasi yang digilai nafsu. Tetapi
ketika berpuasa, kita mampu meninggalkan ketiga-tiga perkara tersebut.
Walaupun nampak sukar, tapi kita boleh. Hatta untuk korek hidung yang
gatal pun kita tak buat. Kesimpulannya, ketika berpuasa kita mampu
menahan diri dari melakukan semua perkara yang kita sukai kerana adanya
sifat sabar.
Allah SWT ingin mentarbiyah kita untuk menjadi insan yang sabar di dalam
madrasah Ramadhan melalui ibadat puasa. Ini adalah kerana sifat sabar
itu sangat penting dan sangat besar faedahnya kepada kita. Dengan
memiliki sifat sabar, kita akan mencapai kejayaan di dunia dan di
akhirat. Terdapat banyak ayat-ayat Al Quran yang menerangkan faedah
sabar, antaranya:
1. Allah Bersama (Menolong) Orang-Orang yang Sabar
"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah di dalam menyempurnakan sesuatu perintah tuhan) dengan BERSABAR dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar". (Al-Baqarah, 153)
2. Selamat dari Tipu Daya Golongan Munafiq
"Kalau kamu beroleh kebaikan (kema'muran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu SABAR dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan". (A-Li 'Imraan, 120)
3. Dikasihi oleh Allah
"Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah, dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang SABAR". (A-Li 'Imraan, 146)
4. Dapat Menewaskan Musuh yang Berlipat Ganda Jumlahnya
"Wahai Nabi, perangsangkanlah orang-orang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh orang yang SABAR, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti". (Al-Anfaal, 65)
"Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu), kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang SABAR, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang, dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang SABAR".
(Al-Anfaal, 66)
5. Disediakan Balasan Paling Baik (Syurga ) Di Akhirat
"Dan orang-orang yang SABAR kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata, dan mereka mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara berterang-terang; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat". (Ar-Ra'd, 22)
"Dan orang-orang yang beriman serta beramal salih, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal salih. (Iaitu) mereka yang SABAR, dan mereka pula berserah diri bulat-bulat kepada Tuhannya". (Al-'Ankabut, 58-59)
Setelah mengetahui beberapa faedah kepada sabar, mari kita bermuhasabah apakah kita memiliki sifat tersebut. Ulama menyatakan bahawa sabar terbahagi kepada tiga keadaan. Yang pertama, sabar di dalam melaksanakan segala suruhan Allah S.W.T samada di dalam perkara-perkara yang wajib dan sunat. Yang kedua, sabar ketika diuji dengan kesusahan, musibah dan seumpamanya dengan kita redha dan tidak merungut. Dan yang ketiga, sabar di dalam meninggalkan larangan-larangan Allah S.W.T samada di dalam perkara-perkara yang haram dan makruh.
Mari kita semak samada kita sudah menepati ketiga-tiga ciri sabar di atas. Sekiranya sudah, insyaAllah dan alhamdulillah, kita termasuk dari kalangan insan-insan yang sabar. Dan sekiranya belum, mudah-mudahan Ramadhan kali ini berjaya mendidik kita menjadi seorang insan yang sabar. Kerana SABAR itu KUNCI KEJAYAAN Dunia dan akhirat.

0 komentar:
Posting Komentar