Cara Dan Teknik Nabi Muhammad Mengawal Sifat Marah
Menurut riwayat, ada seorang Badwi
datang menghadap Nabi s.a.w. dengan maksud ingin meminta sesuatu pada
Baginda. Nabi s.a.w. memberinya, lalu bersabda, “Aku berbuat baik kepada
mu.” Badwi itu berkata, “pemberianmu tidak baik padamu.” Para sahabat
rasa tersingguing, lalu mengugutnya dengan marah, namun Nabi memberi isyarat agar mereka bersabar.
Kemudian Nabi s.a.w. pulang ke rumah.
Nabi kembali dengan membawa barang tambahan untuk diberikan kepada Badwi
itu. Nabi bersabda pada Badwi itu, “Aku berbuat baik pada mu?” Badwi
itu berkata, “Ya, semoga Allah membalas kebaikan tuan, keluarga dan
kerabat.”
Keesokan harinmya, Rasulullah s.a.w.
bersabda kepada para sahabatnya, “Nah, kalau pada waktu Badwi itu
berkata yang sekasar itu engkaui dengar, kemudian engkau tidak bersabar
dan engkau membunuhnya, maka ia pasti masuk neraka. Namun, kerana saya
bimbing dengan baik, maka ia selamat.” Beberapa hari selepas itu, si
Badwi bersedia untuk di beri perintah bagi melaksanakan tugas penting
yang berat mana sekali pun. Dia juga turut dalam medan jihad dan
melaksanakan tugasnya dengan taat dan redho.
Rasulullah s.a.w. memberikan contoh kepada kita tentang berlapang dada. Ia tidak marah
menghadapi kekasaran seorang Badwi yang memang demikianlah karekternya.
Kalaupun saat itu dilakukan hukuman terhadap si Badwi itu , tentu hal
itu bukan satu kezaliman, namun Rasulullah s.a.w. tidak berbuat
demikian.
Baginda tetep sabar menghadapinya dan
memberikan sikap yang ramah dan lemah lembut. Pada saat itulah, Nabi
Muhammad s.a.w. ingin menunjukkan pada kita bahawa kesabaran dan lapang
dada lebih tinggi nilainya dari pada harta benda yang bertimbun. Harta,
saat itu, ibarat sampah yang berlonggok yang di pakai untuk makanan unta
yang ganas. Tentu saja, unta yang telah mendapatkan keperluannya akan
dengan mudah dapat dijinakkan dan boleh di gunakan untuk menempuh
perjalanan jauh.
Adakala, Rasulullah s.a.w. juga marah,
Namun, marahnya tidak melampaui batas kemuliaan. Itu pun Baginda
lakukan bukan kerana masaalah peribadi melainkan kerana kehormatan agama
Allah.
Rasulullah bersabda:”Memaki hamun orang
Mukmin adalah fasik(dosa) dan memeranginya adalah kufur (keluar dari
Islam).”(riwayat Bukhari).
Sabdanya lagi: “Bukanlah seorang Mukmin yang suka mencela, pengutuk, kata-katanya keji dan kotor.” (riwayat At Tarmizi)
Seorang yang mampu mengawal nafsu ketika
marahnya memuncak, dan mampu menahan diri dikala mendapat ejekan maka
orang seperti inilah yang diharapkan menghasilkan kebaikan dan kebajikan
bagi dirinya mahupun masyarakatnya.
Seorang Hakim yang tidak mampu menahan
marahnya tidak akan mampu memutuskan perkara adil. Dan, sekiranya
seorang pemimpin yang mudah terbakar nafsu marahnya tidak akan mampu
memberikan jalan keluar bagi rakyatnya. Justeru itu ia akan sentiasa
memunculkan permusuhan di dalam masyarakatnya. Begitu pula dengan
pasangan suami isteri yang tidak memilikki ketenangan jiwa. Ia akan
tidak mampu melayarkan bahtera hidupnya kerana masing-masing tidak mampu
memejamkan mata atas kesalahan kecil pasangan mereka.
Wallahu a’lam..
0 komentar:
Posting Komentar