Selasa, 26 Maret 2013

Fitrahku

Kembalikan Fitrahku

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Andai manusia itu sedar tentang nikmat masa yang diberikan, pastinya tiada perkara lagha yang berlaku atas dunia ini. Semua hamba pasti akan sentiasa dalam ibadat, sekurang-kurangnya sentiasa berzikir. Betapa hinanya diri ini. Aku banyak melakukan perkara yang lagha. Sentiasa ku berazam untuk meninggalkan segala bentuk lagha itu namun aku tidak kuat. Sering ku terlupa tentang janjiku pada diri sendiri untuk berubah menjadi seseorang yang sentiasa menjaga masa, tidak bertangguh, dan pelbagai lagi perkara lain.
 
Sesungguhnya dunia ini tidak diciptakan untuk bermain-main & Allah menciptakan diriku untuk beribadat kepadaNya. Allah tidak meminta untuk 24 jam sujud menyembahNya di sejadah! Cukuplah Allah sentiasa diingati. Kerana dengan mengingati Allah, hati kita akan tenang. Segala perkara yang ingin dilakukan mesti didahului dengan lintasan hati "agak-agaknya Allah redha tak kalau aku buat macam ni?" Jika hati kita kuat mengatakan Allah pasti akan redha, teruskan dengan permulaan Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim Kalau hati kita kuat mengatakan Allah takkan redha, jauhkanlah perkara itu. Sesungguhnya kita akan dapat rasa seperti dijaga oleh Allah S.W.T. Itu yang pernah ku rasakan. PERNAH!! kerana sekarang aku semakin lemah. semakin jauh dariNya. Bukan ini yang ku mahukan! Aku ingin setia disisiMu ya Rabb.

Aku pernah SENTIASA mengingatiMu ya Rabb. Setiap langkahku hanya mengingatiMu. Jiwaku tenang. Aku dapat rasakan diri ini sentiasa diperhatikanMu. Setiap langkahku hanya untuk mendapat keredhaanMu & aku amat takut jika aku membuatMu murka terhadap aku. Aku langsung tidak risau jika berseorangan, kerana aku benar-benar dapat rasakan Engkau amat dekat denganku ya Allah.

Tapi kini ku jauh Ya Allah!! Amat jauh!!! Sejak dulu lagi aku sentiasa berusaha mengejar cintaMu tapi ku sedar pada hakikatnya aku semakin jauh!

Aku teringat semua kenangan aku bersamaMu ya Allah. Hanya Engkau & aku. Hanya Engkau & aku. Aku amat rindukan waktu itu ya Allah.

Pagiku disertai dengan ingatan terhadapMu.
Amat bersyukur masih hidup.
Engkau jua yang mengejutku.
Doa dipanjat, sunnah Rasulullah ku taat.

langkah ke bilik air disertai zikir padaMu
Doa minta perlidungan lazim di bibir
Kaki kiri melangkah dahulu ke dalam bilik air
Ku bersihkan diri keranaMu ya Allah.
Sunnah Rasulullah ku taat.

Langkah kaki kanan ku dahului keluar dari bilik air
Doa dititip tersemat rasa syukur
Lega jua kerana diri ini telah bersih keranaMu

Pakaianku tersemat sambil doa ku titip
Moga ku peroleh kebaikan, terlindung dari keburukan
Bersyukur kerana punya wajah yang elok dilihat
Moga dapat menenangkan suamiku nanti
Doa dititip agar akhlak seindah diriku ditatap rias cantik olehMu

Syukur kerana Engkau telah mengindahkan diriku
Menjalani hidup sebagai hambaMu
Ku capai tafsir Al-Quran
Ku alunkan kalimah suciMu itu
Ku hayati maknanya
Indah..sebagai panduan hidupku

Sebelum melangkah keluar bilik
Ku titipkan doa
Agar Engkau redha dengan pemergianku
Terus berjuang atas bumiMu
Sebagai hamba yang membawa amanatMu
Semoga segala urusanku dipermudahkan

Tiap langkahku menjalani kehidupan
Tidak lekang zikir di bibirku
Walau seteruk mana ujian
Ku tenang kerana sedar segalanya dariMu

Ku bersedia awal untuk bertemuMu
Cantik wangi hanya untuk bertemuMu
Surau kosong & sunyi itu tempat Engkau & aku bertemu
Pasti basah sejadahku
Dek air mata dari hambaMu yang hina ini
Yang sedar hakikat hidup
Yang penuh dosa
Sungguh hina diriku

Tika malamku
Sunnah Rasulullah ku taat sebelum tidur
Ku memujukMu agar mengejutkan aku
Agar dapat ku bermunajat kepadaMu

Selepas bermunajat kepadaMu
Aku sedar Kau sedang menemaniku menelaah pelajaran
IKIM menguatkan lagi rinduku padaMu

Itulah yang pasti berlaku dalam hidupku
Berputar-putar mengikut masa
Menjadi amalan seharianku
Hingga ku dapat rasa kebahagian dariMu
Kebahagian berkasih sayang denganMu
Indah!
Tidak pernah ku cemburu dengan pasangan couple di luar sana
Kerana aku sedar Kau sentiasa di sisiku
Aku lebih bahagia berbanding mereka apabila bersamaMu

Namun..
Semakin lama semakin banyak ujianMu yang hadir
Kedatangan insan yang ku rasakan dapat membimbingku
Sahabat-sahabat yang ramai
Tugasan untuk menegakkan syiarMu
Segalanya itu adalah untuk mendapat redhaMu
Namun aku sedar,
semenjak itu jualah aku semakin jauh dariMu
Aku tidak lagi dapat rasakan Engkau benar-benar dekat padaku..
Aku rindukan saat kita bersama..
Aku sanggup hilang segalanya,
asalkan aku sentiasa dekat denganMu!!!


"Ya Allah..aku bermohon kembalikanlah diriku kepada fitrahku. Fitrah sebagai hamba yang hina! Kekalkan diriku dalam kehinaan di hadapanMu. Sesungguhnya hidup matiku adalah keranaMu"

wallahualam
by. pagisyawal

0 komentar:

Posting Komentar

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Press Release Distribution