Ikhlas, Mudah Untuk Diucapkan Tetapi Sukar Untuk Dilalui..
Ikhlas
memang sangat mudah untuk diucapkan tapi sangat sukar untuk dilalui.
Kerana itu, ia memerlukan satu proses yang panjang sehingga dapat
membimbing kita pada sebuah keikhlasan.
Di
kesunyian dan keheningan malam, kita menangis di hadapanNYA bukan untuk
menyesali apa yang terjadi, tetapi menyesal kenapa kita belum dapat
menjadi hambaNYA yang ikhlas menerima kenyataan ini.
Tetapi itulah hidup. Adakalanya kita harus mengalami sesuatu yang pahit. Apa-apa pun yang terjadi itulah yang terbaik buat kita meskipun kita sedih, kecewa dan merasa tidak adil.
Kita hanya
berusaha untuk redha dengan semua ketentuan yang telah digariskan oleh
ALLAH. Menerima apa-apa pun yang terjadi bukan bererti tidak berusaha
untuk meraih sesuatu yang lebih baik. Tetapi berusaha untuk ikhlas dan menyerahkan semua ini kepadaNYA.
Ini akan
menenangkan hati yang gelisah. Kerana disebalik kejadian ini pasti ada
hikmahnya dan Insyaallah ia akan membimbing kita untuk menjadi seseorang
yang kuat, sabar dan ikhlas dalam menjalani hidup.
Ketika kita ikhlas dan bersyukur dengan semua yang diberikan, Allah akan memberikan ketenangan yang luar biasa pada hati kita. Sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan dan
DIA akan memberikan jalan yang terbaik. Yakinlah bahawa rencana Allah
itu lebih baik.
Buat
sahabat yang sedang bersedih, kuatkanlah semangat, kerana Allah sayang
kepada hambaNYA yang kuat dalam menjalani ujian dariNYA. Kerana
sebenarnya begitu banyak anugerah dan nikmat yang diberikan olehNYA yang
harus kita syukuri.
Selalulah berprasangka baik kepadaNYA dan bersyukur Allah masih memberikan ujian kepada kita.
Itu bererti kita termasuk dari kalangan orang-orang yang masih
diperhatikan olehNYA. Allah selalu memberikan sesuatu yang kita
perlukan, bukan sesuatu yang kita inginkan. Oleh itu, DIA lebih tahu
mana yang terbaik buat hambaNYA.
Ikhlas,
sabar dan bersyukur adalah 3 kunci kehidupan. Tidak mudah tetapi
sangat sukar. Tetapi tiada yang tidak mungkin jika kita mahu berusaha
dan mencuba untuk menjalaninya dalam kehidupan kita.
Terima Kasih Ya ALLAH untuk kasih sayang, kekuatan dan semua yang sudah Engkau berikan kepada kami. Berikan petunjuk dan bimbinganMu kepada kami seperti yang telah Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang Engkau sayangi.
Izinkanlah kami untuk untuk lebih dekat dan mencintaiMu.
0 komentar:
Posting Komentar