Menyuburkan Tawaduk
Iman Ibn al-Qayyim rhm. dalam kitabnya yang bertajuk al-Ruh menyatakan bahawa untuk memiliki sifat tawaduk ini:
- Seseorang itu perlulah berusaha untuk memiliki ilmu mengenal Allah terlebih dahulu dengan cara mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah dengan sempurna.
- Kemudian hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyayangi dan mengagungkan Allah. Hal ini kerana sifat tawaduk akan lahir setelah seseorang itu mengenal dan tunduk patuh kepada Penciptanya.
- Pada masa yang sama, dia perlu juga berusaha mengenali diri serta sifat-sifat buruk yang bersarang dalam jiwanya dan berusaha untuk membuangnya.
Hasil gabungan usaha mengenal Allah dan mengetahui kelemahan diri sebagai makhluk ciptaan-Nya ini akan melahirkan sifat tawaduk yang tinggi dalam diri seseorang. Sifat tawaduk ini akan menatijahkan sikap penyerahan diri yang sepenuhnya kepada Allah.
Maka, seseorang itu tidak akan memandang dirinya lebih baik berbanding orang lain. Dia tidak akan berlagak sombong di hadapan manusia lain serta mementingkan hak dan kepentingan dirinya sahaja.
Bahkan dia akan sentiasa memandang orang lain lebih baik daripada dirinya serta akan sentiasa berusaha menyempurnakan hak dan kepentingan orang lain.
Sesungguhnya akhlak yang mulia ini hanya dianugerahkan oleh Allah kepada hamba yang mencinta-Nya, memuliakan-Nya dan sentiasa berusaha untuk bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada-Nya.
by. nilmu
0 komentar:
Posting Komentar