Jihad Dalam Diri
Seluruh
umat Islam perlu meningkatkan jihad mengubah keadaan menjadi lebih baik
untuk umat Islam keseluruhannya. Jihad yang ikhlas adalah bukti kepada
keteguhan iman dan kesungguhan merealisasikan tanggungjawab sebagai
muslim.Jihad dalam Islam meliputi segala usaha dan perjuangan menjurus
kepada tertegaknya agama Allah SWT supaya dapat diamalkan secara terbuka
tanpa dihalang sesiapa. Jihad tidak terhad berperang di medan perang,
tetapi merangkumi segala aktiviti dalam kehidupan umat Islam.
terdapat pelbagai cara untuk berjihat, bagi saya salah satu antara caranya adalah bersungguh-sungguh
meningkatkan kalimah allah dan agama islam. Apa yang saya maksudkan
disini adalah bagaimana perwatakan kita sebagai seorang muslim dan
muslimah. Kita dapat berjihat dengan menurut perintah Allah S.W.T dan
meninggalkan larangannya.
Salah
satu jihad yang diamalkan oleh saya adalah cara berpakaian, islam amat
menitik beratkan cara pemakaian. Saya petik kata-kata dari al-Quran,
“Katakanlah kepada kaum lelaki yang beriman supaya mereka menyekat
pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka.Dan katakanlah kepada
kaum perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka, dan
memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka”,surah 24
ayat 30-31.
Oleh
itu cara saya berjihad adalah dengan berpakaian mengikut cara
islam, menutup aurat serta tidak jarang mahupun ketat. Dengan cara ini
saya dapat menunjukkan contoh yang baik kepada orang bukan islam dalam
menjalani kehidupan saya sebagai hamba Allah yang bergerak di muka bumi
yang penuh dengan pelbagai makluk ciptaan-NYA.
Selain
itu saya juga berjihat dengan menunjukkan tingkah laku yang baik dalam
menempuhi kehidupan sebagai insan yang kedil disisinya. Dengan
menunjukkan tingkah laku dan budi pekerti yang baik,saya dapat
memperlihatkan keindahan islam kepada orang bukan islam. Keiklasan dan
kejujuran dalam setiap perbuatan ini akan menarik minat orang bukan
islam untuk mengenali dan mendekati islam. Secara umumnya saya telah
berjihat dengan cara ini. Contoh yang dapat saya berikan adalah seperti
saya mengambil berat tentang jiran dan sahabat saya yang bukan islam.
Saya melawat dan menziarahi mereka ketika mereka sakit dan menghulurkan
pertolongan disaat mereka memerlukan bantuan.
Sebagai
seorang pelajar yang mempunyai pengalaman kerja sebelum meneruskan
pelajaran,saya dapat berjihad dengan mengutamakan aspek-aspek yang ada
dalam cara perniagaan islam. Saya tidak menjual melebihi harga
sepatutnya, tidak menipu dalam pengiraan dan sentiasa bersikap jujur
dengan pelanggan. Seperti di zaman rasullullah S.A.W. dengan
keperibadiaan serta kejujuran yang ditunjukkan dalam perniagaan telah
menarik minat orang bukan islam untuk memeluk islam tanpa sebarang
paksaan dan kongkongan.
Konklusi
yang dapat saya nyatakan disini adalah setiap orang perlu mempunyai
perasaan jihat dalam diri serta sikap rendah diri sebagai mahkluk Allah
S.W.T. Setiap manusia juga mempunyai cara jihat yang tersendiri, apa yang
penting adalah cara itu tidak bertentangan dengan syariat islam. Jihad
yang sebenar adalah jihat dalam diri kita sendiri dalam merealisasikan
islam dan caranya dalam kehidupan kita di era globalisasi yang penuh
dengan lincah liku dugaan dan cabaran.
by. anak-satria
0 komentar:
Posting Komentar