Kelebihan Di Sebalik Sujud Dalam Solat
Rahsia Sujud
Firman Allah SWT yang bermaksud:
” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)
Segala rukun di dalam solat yang melibatkan qalbi (naluri), qauli (lisan) dan fi’li (perbuatan) mempunyai pengertian dan maksud yang amat mendalam sekali di sisi Allah SWT. Segala pergerakan di dalam solat sebenarnya sarat dengan hikmah dan pendidikan dari Allah SWT dan amalan atau rukun yang paling disukai oleh Allah ialah rukun sujud.
Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa:
“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang
layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat
berserah dan memohon pertolongan”.
Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah .a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah ( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).
Peristiwa Sujud
Semasa malaikat-malaikat disuruh sujud
kepada Nabi Allah Adam semua malaikat sujud apabila mereka bangun
mengangkat kepala didapati malaikat yang bernama Azazil tidak sujud maka Allah SWT menjadi murka dan melaknat ke atasnya jadilah ia Iblis dengan bertukar rupa.
Rupanya seperti kera dan badannya seperti bab.. justeru para malaikat
merasa kecut dan takut lantas mereka sujud sekali lagi kerana syukur tidak kena laknat oleh Allah SWT.
1. SUJUD PERTAMA TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)
2. SUJUD KEDUA SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)
Tatkala Nabi Muhammad SAW Israk dan Mikraj
ketika sampai di langit yang ketiga para malaikat-malaikat di sana
sememangnya sujud selama- lamanya tetapi dikehendaki waktu Nabi SAW
sampai mestilah mengangkat kepala tanda hormat.
Apabila Nabi SAW memberi salam kepada para malaikat, semua malaikat itu bangun dari sujud kerana menjawab salam dan berkenalan dengan melihat wajah Nabi Muhammad SAW kemudian mereka sujud semula.
Telah bersabda Rasulullah SAW, Bumi keseluruhannya adalah masjid melainkan tempat perkuburan dan tempat mandi.
“Telah dijadikan untuk kita bumi
seluruhnya adalah masjid. Maka jangan anda sapu pasir pada tempat sujud
kerana rahmat Allah berada di hadapan. Dan berdebu muka ku
untuk Allah yang maha Mulia lagi maha Tinggi sebab pasir kerana itulah
puncak ibadah kepada Allah Taala. Tidak dikira bersolat bagi mereka yang
tidak sampai atau kena hidungnya ke bumi (tanah) seperti juga dahinya”.
Oleh kerana banyak hadis menyebut tentang bumi dan kaitannya dengan sujud maka para ulama bersepakat mengatakan sekurang-kurangnya mesti sekali seumur hidup solat dan sujud di atas bumi dengan tidak berlapik dan jika banyak kali adalah lebih baik.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang
apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan
bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri”
(Surah As-Sajadah ayat 15).
Di dalam perlakuan sujud itu ada simbolik dan hikmah
yang harus fahami dan hayati. Iaitu bersama terancap dan ratanya tujuh
anggota badan kita dengan bumi, pergerakan yang sepenuh jiwa, sepenuh
rasa hina dan mengharap kepada Allah SWT dan penyerahan secara total
seorang hamba terhadap Penciptanya dalam menerima serta mematuhi segala
perintah dan larangan dari-Nya. Jangan sampai berlaku, hanya di dalam solat sahaja kita sujud tetapi di dalam kehidupan seharian kita bersifat “jauh api dari panggang”
didalam erti kata yang lain kita tidak tunduk, tidak taat dan tidak
menyerah secara total kepada peraturan dan sistem Allah yang Maha
Sempurna.
Dengan sujud itu bererti telah mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia
itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah
sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka
tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang
menciptakan dirinya dari tanah itu.
Sesungguhnya asal kejadian manusia itu seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran adalah dijadikan dari tanah
maka setiap kali seseorang itu sujud adalah bertujuan mengasuh hatinya
bahawa ia kelak akan dikembalikan kepada tanah iaitu menemui kematian
seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Dengan demikian bererti sujud itu juga mengasuh hati manusia bukan saja supaya mengingat akan asal kejadiannya tetapi juga akan dikembalikan ke tanah iaitu menemui ajal kematian. Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati,
apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu
sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah.
Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan
bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang
memasuki gerbang akhirat.
Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai
kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya
untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak
bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’lah wa-Bihamdih”.
Hikmah Sujud Dari Sudut Perubatan
1. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan pada apendiks atau limpa.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud.
9. Gerakan otot-otot ini menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelancaran darah.
10. Bagi wanita gerakan otot ini menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi.
11. Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal .
12. Mengurangkan kegemukan.
13. Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
15. Memberi dorongan untuk mudah tidur.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan pada apendiks atau limpa.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud.
9. Gerakan otot-otot ini menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelancaran darah.
10. Bagi wanita gerakan otot ini menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi.
11. Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal .
12. Mengurangkan kegemukan.
13. Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
15. Memberi dorongan untuk mudah tidur.
0 komentar:
Posting Komentar