Berdiam diri lebih baik dari berkata-kata kosong
Manusia
berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan
kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia
akan merana di dunia dan di akhirat.
Didunia akan dibenci oleh manusia
lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan
menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t.Bagi
mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan
untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia.
Sebaliknya digunakan untuk
mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh itu, DIAM adalah
benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersuah-payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepadaorang
6. Istirehat bagi kedua malaikatpencatat amal
7. Menutupi segala aib
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepadaorang
6. Istirehat bagi kedua malaikatpencatat amal
7. Menutupi segala aib
Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya.
Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya.Dan
barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" (Riwayat Abu Naim)
"Barangsiapa yang beriman kepada Allahdan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (RiwayatBukhari & Muslim)
"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat At-Tarmizi)
BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA
CERDIK,KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,ORANG CERDIK YANG PENDIAM
LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP. MENASIHATI ORANG YANG
BERSALAH,TIDAK SALAH.YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG LAIN.KALAU
ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU
MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan
syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita
tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik
adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan
iman pada diri manusia.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A,Rasullullah
s.a.w. bersabda:
"Sampaikan pesanku biarpun satu ayat... "Diam bukan
bermakna sombong!! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita banyak berdiam
(berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu ... kerana senyum itu adalah
satu sedekah ..Insya-Allah..Wasalam... .
0 komentar:
Posting Komentar