Doa Wanita
1. Doa wanita lebih makbul daripada
lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu
lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia.”
3. Barang siapa yang
menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takut akan Allah SWT
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada
keluarganya,
maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga
anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau
dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan
mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang
siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu
dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat
kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.
11. Wanita yang taat akan
suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit,
matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat
kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata “Aku
bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah ang lebih besar haknya terhadap
wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?”
Jawab Rasulullah SAW”Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang
lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat
akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia
kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam
syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000
kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan
mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala
orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu)
tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya
pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela
agama Allah SWT.
20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki Saleh.
21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
22. 2 rakaat shalat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum
susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu
pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
24. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang melihat suaminya
dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih
sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
26. Wanita yang menyebabkan
suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada
suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu
akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
27. Wanita yang tidak cukup
tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan
oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah
memberi 12 tahun pahala ibadat.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan
mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu
uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
36. Jika wanita menyusui anaknya
sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit
akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
38. Jika wanita memijit suami
tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijit
suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
41. Semua orang akan dipanggil
untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri
kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini
dengan istiqamah.
0 komentar:
Posting Komentar