Wanita berpakaian tetapi telanjang
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Nabi saw bersabda:
"Ada dua golongan ahli neraka yang
belumku lihat sekarang, iaitu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi
untuk memukul manusia dan wanita yang berpakaian tetapi telanjang yang
berlenggang lenggok dan miring rambutnya seperti kelasa unta yang
miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya
padahal bau syurga itu dapat tercium dari perjalanan sejauh ini dan ini" ( Sahih Muslim, bab jahanam dari kitab A;aadzal laahu minhaa 17:190 )
Dalam hadis lain, diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, rasulullah saw bersabda :
"Diantara tanda-tanda dekatnya hari
kiamat ialah akan munculnya pakaian-pakaian wanita dan bila mereka
memakainya keadaannya seperti telanjang"
Di dalam riwayat Al-Hakim, dengan susunan demikian :
"Pada angkatan belakangan umat ini akan
ada orang-orang yang naik keenderaan yang empuk hingga datang ke depan
pintu masjid mereka dan wanita mereka berpakaian seperti telanjang" ( Dikuatkan hujah oleh muslim tetapi didaifkan oleh Abu Dawud dan An-Nasa-i.)
Golongan manusia telah disebutkan
didalam Alquran mempunyai 2 penyakit itu penyakit ragu-ragu dan syahwat.
Diantara penyakit syahwat adalah kesukaan melihat wanita dengan
ghairah. Sesungguhnya berpakaian seperti telanjang adalah pakaian yang
tidak dapat menghilangkan ghairah lelaki ketika terlihat wanita. Kaum
lelaki akan melihat wanita tersebut seolah-olah telanjang didepannya.
Ini membuka pintu-pintu zina dan perkosaan. Berpakaian seksi yang
menampakkan bentuk tubuh badan walaupun lengkap bertudung juga tergolong
dalam kategori pakaian seperti ini.
Kaum wanita adalah disyariatkan
melabuhkan kerudung mereka untuk menutup bahagian dada, melonggarkan
pakaian dan kain yang tidak telus untuk menutup perhiasan atau keindahan
tubuh mereka dari pandangan tajam orang lelaki kerana orang lelaki yang
berpenyakit syahwat akan melihat keindahan yang ada pada mereka.
Kadang-kala ada wanita yang bertudung tetapi dengan senggaja membelah
kain mereka untuk memperlihatkan peha mereka juga termasuk golongan
wanita yang berpakain seperti telanjang. Berseluar dan menampakkan
bentuk pinggul juga adalah berpakaian seperti telanjang.
Oleh itu
berhati-hatilah kaum wanita, jagalah kehormatan kerana berpakaian
menutup aurat dengan sempurna adalah wajib dan hukumannya sangat berat.
Tidak mencium baunya syurga apatah melihatnya.
---------------------------------------------------
Jalan Yang Lurus
Motivasi Menjadi Orang solih
Firman Allah swt dalm surah Al-Faatihah, " tunjukkanlah aku kejalan
yang lurus. Iaitu jalan orang yang engkau anugerahkan nikmat kepada
mereka ". Surah Al-Faatihah dibaca pada setiap rakaat dalam solat. Ia
adalah bacaan yang dianugerahkan.
Kita memohon dalam solat supaya Allah swt menunjukkan jalan yang lurus
iaitu jalan-jalan yang ditempuh oleh golongan yang Allah swt telah
memberi nikmat kepada mereka. Siapakah golongan yang diberi nikmat?
Tafsir firman Alllah swt dalam surah An-nisa " Dan barangsiapa yang
mentaati Allah dann rasulnya, mereka itu akan bersama-sama dengan
orang-orang yang diberi nikmat oleh Allah ; iaitu para nabi, para
shidiqun, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang salih, dan
mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah
kurnia dari Allah dan Allah cukup mengetahui" ((An-Nisa : 69/70)
Menjadi orang salih boleh melalui lima tingkatan. Bermula dengan Islam,
iman, zuhud, warak dan kemudian salih. Bersungguh-sungguhlah menjadi
orang salih dengan ilmu dan amalkannya. Belajarlah tentang Islam dari
ilmu yang benar dan tingkatkan keimanan dengan meninggalkan dosa dan
ditambah dengan amalan sunat.
Berlaku zuhudlah setiap kali diuji dengan kenikmatan duniawi dengan
tetap mentaati perintah dan larangan Allah. Istiqamah dengan sunnah
yang hak dan amalan-amalan solih sehingga menjadi orang yang solih
sempurna yang tetap dengan kebenaran beramal menurut ilmu yang hak.
Sumber dari tafsir Ibnu Katsir
by.hadith2u.blogspot
0 komentar:
Posting Komentar