
Amal Sia-sia, Hidup Tiada Guna
Syaitan tidak melulu membisikkan pada manusia untuk membuat
dosa. Ada tikanya syaitan membawa manusia suatu perbuatan yang tidak
dinilai sebagai dosa, namun kosong dari manfaat dan pahala. Walaupun
dilihat hanya hal yang ringan, namun dampak yang ditimbulkan tidak
sederhana. Itu hanya usaha ringan syaitan untuk menggiring manusia ke
arah dosa. Ada dua sebab yang dikatakan dosa, fi'ul mahdzur dan tarkul
ma'mur, iaitu menunaikan larangan dan meninggalkan perintah. Orang yang
sibuk dengan perkara yang sia-sia, aktiviti yang tidak berguna, lambat
laun akan meninggalkan kewajipan. Baik dalam bentuk kurang...